Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da.ya] | بودايا

Definisi : 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~;~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa;berbudaya mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dgn akal budi yg sudah maju: bangsa yg ~;membudaya menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk kebudayaan: hukuman moral ini belum ~ di negara ini;membudayakan 1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya:berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~ masyarakat; 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat;pembudayaan proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dll): ~ ilmu di kalangan pelajar penting utk pembinaan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.da.ya] | بودايا

Definisi : 1 kemajuan jasmani dan rohani manusia serta juga kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman; peradaban: Pd abad yg kesepuluh, ~ Arab jauh lebih tinggi drpd ~ Eropah. 2 sudah maju atau beradab: jiwa yg ~ jiwa yg telah maju. berbudaya mempunyai budaya; mempunyai fikiran dan akal budi yg sudah maju. membudayakan mendidik supaya berbudaya (beradab); menjadikan seseorang atau sesuatu berbudaya; ~ masyarakat. kebudayaan 1 kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dlm pelbagai bidang: Beliau sedang membuat penyelidikan ttg ~ Melayu. 2 usaha atau daya mencipta atau berfikir dlm pelbagai bidang hidup manusia: Universiti seharusnya menjadi pusat ~ dan bukan hanya menjadi pusat pengajian tinggi. budayawan orang yg berkecimpung dlm hal-hal kebudayaan; ahli kebudayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah sesuai budaya-budaya yang lahir dari asal yang sama digelar budaya seasal? Apakah frasa "homologi budaya" itu boleh diterima?Perkataan budaya seasal boleh digunakan. 
(Rujuk istilah bahasa Inggeris, cultural homology.)
Istilah27.02.2023
Antara budaya timur, budaya Timur, dan Budaya Timur, yang mana satu betul? Terima kasih.budaya Timur, iaitu budaya daripada negara-negara Timur seperti China dan Jepun, T ditulis dengan huruf besarTatabahasa25.10.2012
Apakah itu budaya tinggi dan budaya rendah? dan sumber rujukan mana yang boleh saya rujuk untuk mendapatkan penjelasan lanjutTidak ada maklumat yang rinci tentang budaya tinggi dan budaya rendah dalam pangkalan data kami. Budaya tinggi lazimnya diakitkan dengan budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; manakala budaya rendah dikaitkan dengan  pengamalan yang kurang baik dan tidak maju.Makna24.03.2015
Saya ingin tanya penggunaan yang tepat bagi cross cultural adalah lintas budaya, rentas budaya atau silang budaya. Sila berikan juga penjelasan maksud konsep sesuai tersebut.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'cross cultural' ialah silang budayaMakna10.09.2021
Assalamualaikum.. Saya ingin tahu maksud ayat "Interaksi Tamadun dan Silang Budaya"
Interaksi Budaya merupakan istilah sosio budaya yang mempunyai maksud yang tersendiri. DBP  mempunyai maksud mengikut istilah bahasa iaitu:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Interaksi -tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak .

Silang Budaya- Mengikut istilah yang diterbitkan oleh DBP silang budaya bermakna - - Berkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan.
Tatabahasa23.09.2012
Takrif dan definisi BUDAYA PENYAYANGBudaya penyayang bermaksud tamadun atau peradaban yang bersifat budaya dari segi akal budi berkenaan dengan rasa kasih akan orang lain; pengasih atau pencinta. Dalam konteks yang lebih luas, budaya penyayang ini boleh juga dikaitkan dengan objek selain manusia, seperti haiwan belaan, persekitaran dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keadaan yang aman, tenteram dan selamat dalam kalangan masyarakat dan bernegara. Budaya ini wajar diterapkan dalam semua peringkat masyarakat dan dalam kalangan masyarakat majmuk.Makna08.01.2008
maksud kesan pertembungan budayaPertembungan budaya bermaksud pertemuan dan yang dikaitkan dengan peretembungan budaya di sini ialah pertemuan dua budaya yang tidak sama dan apabila dua benda yang tidak sama bertemu dalam suatu keadaan maka perlulah antara kedua-dua pihak bertolak ansur. Untuk mendapatkan maksud yang lebih persis, sila rujuk buku kajian sosial.Makna06.04.2014
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama?Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya.Makna21.06.2010
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih.Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. Tatabahasa04.05.2020
pantai Timur betul atau pantai timur? cth negeri2 pantai timur/Timur? budaya timur betul taua budaya Timur??

Jika merujuk pada negeri-negeri pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu, maka T ditulis dengan huruf besar. Begitu juga jika merujuk pada kata nama khas seperti budaya Timur, iaitu budaya daripada negara-negara Timur seperti China dan Jepun, T ditulis dengan huruf besar.

Tatabahasa30.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas