Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chirographic culturebudaya kirografikKesusasteraanTiadaBudaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan alat cetak oleh Barat akhirnya menyebabkan budaya kirografik semakin menurun dan digantikan dengan budaya tipografi. Dalam budaya tipografi, percetakan dan penghasilan bahan bacaan meningkat dan lebih cepat.
counter culturebudaya sainganSains PolitikPolitik PerbandinganBudaya yang bersaing dengan budaya lain yang menjadi ikutan majoriti masyarakat. Budaya ini dibentuk dan digerakkan oleh sekelompok minoriti ahli masyarakat yang cuba mempertahankan nilai tradisional dan tempatan yang terhakis akibat pengaruh nilai luar yang semakin menular ke dalam masyarakat tersebut. Kelompok yang menggerakkan budaya ini akan menggunakan pelbagai mekanisme untuk menyaingi budaya majoriti, antaranya melalui bahasa, organisasi, muzik, ideologi, penampilan dan juga tingkah laku sebagai langkah menyedarkan masyarakat. Contohnya, irama muzik etnik sebagai budaya saingan kepada irama muzik Barat yang digemari oleh remaja di negara ini.
civic culturebudaya sivikSains PolitikPolitik PerbandinganBudaya politik masyarakat yang menerima autoriti pemeritah dengan darjah penyertaan rakyat yang tinggi dalam sistem dan proses politiknya. Dalam budaya politik ini, kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat setiap keputusan politik dan pemerintah juga akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin bagi memastikan keperluan asas rakyat disediakan. Rakyat pula harus bersifat responsif terhadap sebatang tindakan kerajaan. Hal ini menjadikan hubungan antata rakyat dan pemerintah itu seimbang dan akan mewujudkan keadaan politik yang stabil dan teguh. Konsep budaya sivik diasaskan oleh Gabriel Almond seorang tokoh ilmu politik perbandingan dalam kajian budaya politik di Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, Jerman dan Kanada pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an.
portico .portiko .KesenianHiasan DalamanRuang berbumbung ke dalam bangunan yang disokong dengan tiang. Elemen ini mula diperkenalkan pada zaman Yunani purba dan telah mempengaruhi banyak budaya, termasuk budaya Barat.
political culturebudaya politikSains PolitikPolitik PerbandinganSifat dan orientasi politik yang diamalkan dalam sesebuah negara yang mengandungi elemen seperti kepercayaan, simbol dan sistem nilai. Semua tindakan politik dalam masyarakat berasaskan kepada elemen ini. Budaya politik juga boleh mengalami perubahan melalui proses yang dikenali sebagai proses sosialisasi, tetapi mengambil masa yang panjang. Sarjana terkenal dalam bidang ini iaitu Gabriel Almond telah membahagikan budaya politik kepada tiga jenis iaitu Parokial, Subjek dan Partisipan. Parokial merupakan budaya politik yang lemah, Subjek pula merupakan budaya politik yang tidak kritikal terhadap kerajaan manakala Partisipan ialah budaya politik yang aktif dan kritikal terhadap pemerintah.
parochialparokialSains PolitikPolitik PerbandinganSifat budaya politik yang lemah atau tidak matang. Budaya politik ini menggambarkan persaingan dan penyertaan yang rendah dalam masyarakat. Anggota masyarakat bersifat pasif, tidak berminat dan tidak mengambil tahu tentang perkembangan politik negaranya. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian dan bersifat apati dengan politik masyarakatnya. Mereka tidak mengharapkan sesuatu output daripada kerajaan dan tidak juga memberi sebarang input bagi mempengaruhi kerajaan. Masyarakat ini biasanya mempunyai taraf pendidikan, ekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Kebanyakan negara di Afrika masih memiliki budaya politik yang parokial. Sinonim pemikiran sempit.
adaptationadaptasiKesusasteraanTiadaPenyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen dengan judul yang sama: Lihat juga terjemahan.
literary disseminationpenyebaran sasteraKesusasteraanTiadaPemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat.
socializationsosialisasiSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai sosial, budaya, politik dan sebagainya kepada individu dalam sesebuah masyarakat. Sosialisasi ini berlaku secara sedar atau tidak sedar yang berjalan secara berterusan sejak seseorang itu masih kecil. Proses ini juga mendedahkan individu kepada nilai budaya masyarakatnya dan seterusnya mengamalkan budaya tersebut seperti anggota lain. Proses ini biasanya dilakukan oleh ejen sosialis seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah, media dan tempat kerja. Contohnya, seorang ayah yang aktif berpolitik akan mendedahkan anaknya kepada aktiviti politik yang disertainya. Sinonim pemasyarakatan.
heritage coastpersisiran warisanPelanconganTiadaKawasan persisiran pantai yang menjadi lambang sesuatu budaya. Contohnya, pantai timur Semenanjung Malaysia menjadi lambang budaya Melayu.
12345678910...

Kembali ke atas