Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budaya kuning


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
budaya kuningbudaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif;Kamus Dewan Edisi Keempat
bisa I1 zat racun yg terdapat pd binatang dll dan dpt mencederakan atau dpt mematikan benda-benda hidup: Ular itu ditangkap dan kemudian dikeluarkan ~nya. 2 ki sesuatu yg buruk yg dpt merosakkan akhlak dsb: Pengaruh budaya kuning spt itu hanya akan menjadi ~ kpd masyarakat kita. 3 dpt mendatangkan mudarat atau dpt menimbulkan rasa sakit yg amat sangat: Aduh! ~ sungguh duri ini. 4 ki dpt menyakiti perasaan (ttg kata-kata); pedas; kesat: Budak perempuan yg kurus itu memang ~ mulutnya. berbisa 1 mempunyai zat racun: ular ~. 2 ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bisa I1. zat racun yg terdapat pd binatang dll dan dpt mencederakan atau dpt mematikan benda-benda hidup: Ular itu ditangkap dan kemudian dikeluarkan ~nya. 2. ki sesuatu yg buruk yg dpt merosakkan akhlak dsb:Pengaruh budaya kuning spt itu hanya akan menjadi ~kpd masyarakat kita. 3. dpt mendatangkan mudarat atau dpt menimbulkan rasa sakit yg amat sangat: Aduh! ~ sungguh duri ini. 4. ki dpt menyakiti perasaan (ttg kata-kata); pedas; kesat: Budak perempuan yg kurus itu memang ~ mulutnya. berbisa 1. mempunyai zat racun: ular ~. 2. ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~.Kamus Pelajar
budaya1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~;~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa;berbudaya mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dgn akal budi yg sudah maju: bangsa yg ~;membudaya menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk kebudayaan: hukuman moral ini belum ~ di negara ini;membudayakan 1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya:berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~ masyarakat; 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat;pembudayaan proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dll): ~ ilmu di kalangan pelajar penting utk pembinaan negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersih1. tidak kotor: pakaiannya sentiasa ~; 2. bebas drpd pencemaran udara dll, tidak mengandungi unsur-unsur dsb yg boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu kesihatan: menyedut udara ~ di kawasan pergunungan; meminum air yg ~; 3. ki jujur dan ikhlas, suci, murni: hati yg ~; 4. ki bebas drpd amalan yg tidak baik (spt rasuah, penyelewengan, dsb): mewujudkan sebuah kerajaan yg ~, cekap, dan amanah; 5. ki bebas drpd anasir yg tidak baik (spt pengaruh, tuduhan, dsb): ~ drpd pengaruh budaya kuning; ~ drpd tuduhan menerima rasuah; 6. (bkn pendapatan, keuntungan, dsb) yg tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian, dsb): keuntungan ~; membersihkan 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah;kebersihan 1. keadaan bersih (tidak kotor): menjaga ~ sekolah; 2. perihal bersih (udara, air): ~ udara yg menyihatkan badan; 3. perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian: ~ hati nurani;pembersihan 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis;pembersih 1. orang (alat) yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
warna1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya, rona: ~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-macam, berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4. ark kasta atau golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu mempunyai empat ~; ~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah, biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~ karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg terhasil drpd dua warna primer; berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik; berwarna-warna = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya; pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan dgn ~ pipi; pewarna bahan utk mewarnakan (me­warnai).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas