Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.di] | بودي

Definisi : 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.di] | بودي

Definisi : 1 akal atau fikiran sbg alat utk menimbang mana yg buruk dan mana yg baik; kepandaian; kecerdikan. 2 cara seseorang melayan orang lain; tabiat; tingkah laku; kelakuan: orang yg baik ~. 3 perbuatan yg baik; kebaikan: Banyak benar ~ tuan kpd kami. ~ bahasa adat sopan santun; kesopanan. ~ bicara akal fikiran. ~ pekerti tingkah laku; tabiat. berbudi 1 mempunyai budi. 2 bijaksana; berakal. 3 berkelakuan baik; sopan. 4 murah hati; baik hati. memperbudikan memperdaya; menipu. budiman pandai lagi bijaksana: Hulubalang raja itu sangat perkasa lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Kurang budi teraba-raba,
     tidak ilmu suluh padam.

Bermaksud :

Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
courtesyn /budi bahasa, sopan- santun/: road ~, budi bahasa di jalan raya; he showed us great ~, dia menunjukkan budi bahasa yg tinggi pd kami; ~ call, kunjungan hormat; by ~ of, dgn ihsan: by ~ of the management, dgn ihsan pihak pengurusan; exchange of courtesies, saling berbudi bahasa; it is only common ~, sbg tanda budi bahasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obligationb. be indebted, terhutang budi; place so. under an ~, membuat sso terhutang budi: their kindness and generosity have placed her under an ~ to them, budi baik dan sifat pemurah mereka membuat dia terhutang budi kpd mereka; with no ~ (to do st) tdk wajib [approp v]: you can try them on with no ~ to buy, puan boleh mencuba, tetapi tdk wajib membelinya; 2. financial commitment, hutang: the company failed to meet its ~s and was forced to wind up its business, syarikat itu tdk dapat menjelaskan hutangnya dan terpaksa menutup perniagaannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discretionaryadj (mengikut) budi bicara: a decision that was entirely ~, keputusan yg dibuat semata-mata mengikut budi bicara; the Refugee Council may make ~ payments to displaced persons, Majlis Orang-Orang Pelarian mungkin akan membuat bayaran mengikut budi bicara kpd orang-orang yg tdk bertempat; an official with ~ powers, pegawai yg mempunyai kuasa budi bicara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discretionn 1. liberty to make decisions, budi bicara, kebijaksanaan: the approval of the plan is subject to the director’s ~, pelulusan rancangan itu tertakluk kpd budi bicara pengarah; at the ~ of so., at so’s ~ /atas, mengikut/ /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; use o’s ~, menggunakan /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; 2. prudence, circumspection, berhati-hati; (of person) kebijaksanaan: ~ is the better part of valour, berhati-hati lebih baik drpd bertindak berani; /age, years/ of ~, usia dewasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graciousadj 1. pleasant, polite and generous, baik budi: it was ~ of the Duchess to come to our bazaar, Duchess itu sungguh baik budi krn sudi datang ke pesta amal kami; a ~ hostess, tuan rumah yg baik budi; 2. marked or characterized by courtesy, kindness, lembut mesra: we were pleased with their ~reception, kami berasa senang dgn sambutan mereka yg lembut mesra; a ~ smile, senyuman yg lembut mesra; 3. characterized by elegance, mewah: ~ living, kehidupan yg mewah; 4. (of God) merciful, Maha /Pengampun, Mengasihani/: God is ~, Tuhan Maha Pengampun; 5. (fml), (used in addressing or referring to royal persons), [not translated]: her ~ Majesty Queen Beatrix, Duli Yang Maha Mulia Ratu Beatrix; by the ~ consent of the Sultan of Oman, dgn perkenanan Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beholdenadj tdk /berhutang, terhutang/ budi: he is ~ to no one, dia tdk berhutang budi kpd sesiapa pun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
courteousadj penuh /budi bahasa, adab, sopan-santun/; (of person) berbudi bahasa, beradab, bersopan-santun: a ~ welcome, sambutan yg penuh budi bahasa; they were ~ to me, mereka berbudi bahasa thdp saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ingratituden sikap tdk /mengenang budi, tahu berterima kasih/: she was distressed by his ~, gadis itu sangat sedih krn sikapnya yg tdk mengenang budi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reasonablyadv 1. sensibly, mengikut budi bicara, menggunakan akal: the Professor reacted ~ to the student’s protest, Profesor itu bertindak balas mengikut budi bicara thdp bantahan para mahasiswa; 2. fairly, quite, agak: this street is ~ quiet at night, jalan ini agak sunyi pd waktu malam; my office is ~ close, pejabat saya agak dekat; 3. moderately, berpatutan: a book is which ~ priced, buku yg harganya berpatutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gratefuladj 1. full of gratitude, sangat berterima kasih, terhutang budi: we are ~ to you for all that you’ve done for us, kami terhutang budi pd saudara atas segala yg telah saudara lakukan utk kami; so. is ~ that, sso bersyukur: he was ~ that they didn’t ask to see his licence, dia bersyukur mereka tdk hendak melihat lesennya; so. would be ~ if, bolehkah: I’d be ~ if you could keep an eye on the children while I’m out shopping, bolehkah kamu menengok-nengok budak-budak ini semasa saya pergi membeli barang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas