Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.di] | بودي

Definisi : 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.di] | بودي

Definisi : 1 akal atau fikiran sbg alat utk menimbang mana yg buruk dan mana yg baik; kepandaian; kecerdikan. 2 cara seseorang melayan orang lain; tabiat; tingkah laku; kelakuan: orang yg baik ~. 3 perbuatan yg baik; kebaikan: Banyak benar ~ tuan kpd kami. ~ bahasa adat sopan santun; kesopanan. ~ bicara akal fikiran. ~ pekerti tingkah laku; tabiat. berbudi 1 mempunyai budi. 2 bijaksana; berakal. 3 berkelakuan baik; sopan. 4 murah hati; baik hati. memperbudikan memperdaya; menipu. budiman pandai lagi bijaksana: Hulubalang raja itu sangat perkasa lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Kurang budi teraba-raba,
     tidak ilmu suluh padam.

Bermaksud :

Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Asma Yadaro , sedang belajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar, ingin bertanya DBP,apakah maksud pantun budi saya minta contohnya juga ,terima kasih.Pantun budi lazimnya cenderung mengetengahkan tentang budi bahasa. Contoh pantun budi ialah:

Bintang di timur cuacanya baik,
   Cahanyanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
   Itulah budi dikenang orang.


Puan boleh merujuk buku Kurik Kudi Merah Saga, terbitan DBP untuk mendapatkan lebih banyak lagi contoh pantun Melayu.
Sastera06.11.2013
Apakah perbezaan mengenang jasa dan membalas budi? Terima Kasih.Tiada perbezaan ketara antara mengenang jasa dan membalas budi.Kebiasaannya mengenang jasa selalunya dikaitkan dengan jasa yang telah dibuat oleh seseorang. Manakala membalas budi lebih kepada soal yang berkaitan dengan hati budi seseorang.Misalnya disebabkan oleh kebaikan seseorang seperti membantu orang lain dalam kesusahan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Bolehkah ditulis pantun seperti ini? (Dengan ditulis hurus besar pada setiap perkataan pertama) Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa; Sendi Bangsa Ialah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.Tanda baca yang digunakan dalam ejaan pantun tersebut adalah betul.Ejaan27.09.2012
assalamu alaikum. mohon jelaskan maksud budi bahasa. kenapa ia begitu penting dalam masyarakat melayu. mohon jelaskan latarbelakang pembuatan ungkapan ini. terima kasihBudi bahasa  bermaksud mepunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejehteraan.Makna22.02.2008
salam, saya nak tanya pendapat cik/puan/tuan mengenai kempen budi bahasa dalam melestarikan budaya timur. Apakah pendapat cik /puan berdasarkan penyataan tu, adakah adakah budi bahasa tu boleh mengekalkan budaya timur? terima kasih.Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka.Lain-lain03.03.2009
KETERANGAN BUDI BAHASA BUDAYA BANGSABudi bahasa lazimnya merujuk 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentas individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur Kempen Budi Bahasa atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka.Lain-lain30.03.2009
Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Adi tidak mahu beri balik telefon bimbit Budi. 2. Adi tidak mahu bagi balik telefon bimbit Budi. 3. Adi tidak mahu kasi balik telefon bimbit Budi. 4. Ana melihat papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang sampah sembarangan. 5. Ana melihat papan tanda melarang membuang sampah sembarangan. 6. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Ayat yang betul seperti yang berikut:

  1. Adi tidak mahu memberikan semula telefon bimbit Budi.
  2. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Tatabahasa18.10.2022
Salam Tuan, Soalan saya apakah maksud amalan berbudi bahasa.Budi bahasa  bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan.Makna17.06.2008
salam...tuan/puan,,perkataan budi bicara dieja dengan jarak,,,tetapi dengan ada imbuhan -nya;bagaimanakah ayat itu dieja??terima kasih

Puan Nurul,

Perkataan budi bicara apabila menerima imbuhan -nya dieja  sebagai budi bicaranya. 

Ejaan23.06.2010
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas