Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.di] | بودي

Definisi : 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.di] | بودي

Definisi : 1 akal atau fikiran sbg alat utk menimbang mana yg buruk dan mana yg baik; kepandaian; kecerdikan. 2 cara seseorang melayan orang lain; tabiat; tingkah laku; kelakuan: orang yg baik ~. 3 perbuatan yg baik; kebaikan: Banyak benar ~ tuan kpd kami. ~ bahasa adat sopan santun; kesopanan. ~ bicara akal fikiran. ~ pekerti tingkah laku; tabiat. berbudi 1 mempunyai budi. 2 bijaksana; berakal. 3 berkelakuan baik; sopan. 4 murah hati; baik hati. memperbudikan memperdaya; menipu. budiman pandai lagi bijaksana: Hulubalang raja itu sangat perkasa lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Kurang budi teraba-raba,
     tidak ilmu suluh padam.

Bermaksud :

Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan penyusunan kamus ini. Pada peringkat ikhtisas dan amalinya pula, kami sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada pakar bidang yang sanggup menabur bakti, berkongsi ilmu untuk menyusun kamus ini. Kepada pegawai projek yang sentiasa amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya, kami ucapkan setinggi- tinggi terima kasih. Selain Br. keselamatan pasang-tambah; Id. sekuritas pasang-tambah) Mekanisma perlindungan bagi mempertingkat keselamatan sistem komputer dengan menggunakan perkakasan atau perisian. Contohnya, perkakasan Dongel, perisian antivirus dan tembok api. keselamatan tanpa budi bicara (Ig. non-discretionary security; Br. keselamatan tanpa budi bicara; Id. keamanan tanpa kebijakan) Arahan yang boleh disertakan dalam dasar keselamatan untuk mengehadkan capaian kepada data dalam pangkalan data dengan

Kembali ke atas