Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akal fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi bicara

Puisi
 

Helang menyambar burung udara,
     Singgah menyambar gelugut batang;
Hilang budi lenyap bicara,
     Kasih menjulung bencana datang.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Harap pihak tuan/puan dapat mengesahkan pengejaan perkataan di bawah: - BUDIBICARA / BUDI BICARA - BERTANGGUNGJAWAB / BERTANGGUNG JAWAB - WARGANEGARA / WARGA NEGARA - TATASUSILA / TATA SUSILA - BERPUASHATI / BERPUAS HATI Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul : budi bicara; bertanggungjawab; warganegara; tatasusila; berpuas hati.Ejaan13.11.2009
salam...tuan/puan,,perkataan budi bicara dieja dengan jarak,,,tetapi dengan ada imbuhan -nya;bagaimanakah ayat itu dieja??terima kasih

Puan Nurul,

Perkataan budi bicara apabila menerima imbuhan -nya dieja  sebagai budi bicaranya. 

Ejaan23.06.2010
Adakah terjemahan untuk "Viewer discretion is adviced.", "Budi bicara penonton dinasihatkan" tepat? Boleh berikan cadangan terjemahan yang lebih baik? Terima kasih.Salam Sejahtera tuan/puan. Mohon tuan/puan memberikan contoh ayat sebelum dan selepas ayat “Viewer disecretion is adviced” supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan26.10.2017
Pada pandangan kami, selagi pihak Pejabat Tanah dapat memastikan daripada rekod Tuan bahawa pihak yang memohon kepada geran dan dokumen-dokumen tersebut adalah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut, maka terserahlah kepada budi bicara Tuan pendaftar untuk membenarkan geran tersebut dilepaskan kepada pihak yang berkenaan. Apakah ayat/perkataan yang sesuai untuk diganti selain dari perkataan "terserahlah" dalam ayat diatas.Kami mencadangkan pembetulan ayat seperti di bawah dan perkataan terserahlah boleh digantikan dengan terpulanglah.

Pada pandangan kami, sekiranya pihak Pejabat Tanah dapat memastikan bahawa pihak yang memohon geran dan dokumen-dokumen tersebut ialah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut berdasarkan rekod tuan, maka terpulanglah kepada budi bicara tuan untuk membenarkan geran tersebut diserahkan kepada pihak yang berkenaan.
Tatabahasa06.09.2021
APAKAH TERJEMAHAN UNTUK "DISCRETIONARY MANDATE" DALAM BM?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

discretionary mandate - mandat budi bicara

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.06.2021
ia digunakan untuk sari kata rancangan.Ayat sebelum menerangkan tentang rancangan tersebut,sbg cth: Rancangan ini mengandungi perkataan yang mungkin menyinggung dan untuk tontonan penonton matang. Budi bicara adalah dinasihatkan."Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan. Namun penggunaan yang gramatis "ia" digunakan bagi kata ganti nama diri manusia.Tatabahasa26.08.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai perkataan "rigid". Adakah perkataan ini terdapat di dalam kamus bahasa?. Ayat yang ingin dibina. "Peraturan yang dikuatkuasa tidak rigid dan ia adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai dan warga yang bertugas".

Perkataan rigid tidak ada dalam Kamus Dewan.  DBP tidak menggunakan perkataan "rigid" dalam bahasa Melayu  sebaliknya menggunakan "tegar". Maksud "tegar" dalam Kamus Dewan1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kega­gal­an dan kelambatan mencapai perda­maian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. 

Tatabahasa17.07.2018
Mohon semakan terjemahan ayat di bawah This program contains material that may be disturbing to some viewers. Viewer discretion is advised. Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Budi bicara penonton dinasihatkan. Terima kasihAyat yang lebih gramatis ialah Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan.Penyemakan dan penterjemahan31.10.2017
1. Apakah maksud Integrity, Trustworthy & Sustainability? 2. Adakah Integrity, Trustworthy & Sustainability boleh dijadikan sebagai tema sesuatu persidangan? 3. Yang manakah lebih sesuai untuk dijadikan sebagai tema persidangan : - Integrity, Trustworthy & Sustainability; atau - Integrity...Sustainable...Trust...Kesesuaian menentukan tema persidangan terletak pada budi bicara pihak penganjur persidangan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan tema persidangan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian penggunaannya dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan06.04.2017
Assalamualaikum Saya seperti nama dlm database En. ingin memohon artikel atau petikan atau yang seumpama dengannya yang bertajuk seperti di bawah untuk tesis bagi subjek BM yg didaftarkan pada semester ini: "Wajarkah penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah." Personal Information Nama: Mohd Noorazam bin Aziz ID number: 061010387 Course: Pengajian Mikroelektronik Level: Degree Location: Universiti Malaysia Perlis Segala budi bicara baik Tuan amat-amat saya hargai. SekianSdr. Noorazam, Artikel berkaitan penggunaan bahasa telefon bimbit dan SMS pernah tersiar di dalam artikel majalah terbitan DBP. Sdr. boleh membuat rujukan judul melalui menu Katalog dalam Talian di laman web DBP. Dicadangkan sdr. mendaftar sbg ahli Rakan Dewan untuk mendapatkan kemudahan membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu Ibu Pejabat atau PDM Wilayah Utara (Bukit Mertajam) . Sila hubungi Pustakawan kami, di talian 03 2149 1037 atau emel kamariah@dbp.gov.my untuk mendapatkan bantuan penyelidikan bahan. Sekian. Terima Kasih.Lain-lain20.08.2007
12

Kembali ke atas