Kurik Kundi Merah Saga | Jangan bicara di laman tangga, Cucur atap ke rumput juga; Jangan bicara di hadapan mata, Dalam dakap kurebut juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Helang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air Dungun hulu ke paya, Hanyut buluh menikam tebing; Muda Dungun habis bicara, Belum putus mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Pahang ke Kuala Lipis, Angin bertiup sebelah utara; Bila berdepan memanglah manis, Bila belakang lain bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Pahang ke Kuala Lipis, Hajat hendak terus ke utara; Masa bertentang mulutnya manis, Bila belakang lain bicara. |