Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku bangsa yg berasal dr Sulawesi Selatan, Indonesia, yg terkenal sbg pelaut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bugis

Puisi
 

Kain Bugis kain Palembang,
     Pakai anak Raja Semarang;
Mas merah asalnya kurang,
     Emas bersepuh di kayu arang.


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dari/daripada suku Bugis?Kata sendi nama dari digunakan untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.Tatabahasa22.10.2014
maksud perkataan opuMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, opu bermaksud gelaran bangsawan Bugis.Makna10.01.2011
Saya hendak bertanyakan bahasa melayu yang dijadikan bahasa rasmi malaysia sekrang ini berasal daripada suku kaum apa?adakah minang,jawa,bugis atau yang lain.harap jawapan diberi secepat mungkin

1. Bahasa Melayu berasal daripada suku bangsa Melayu.

2. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Lain-lain16.09.2009
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008
persamaan variasi dialek sosial dan dialek geografiSoalan yang puan kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan tersebut, kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan dialektologi seperti:
Dialektologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan), Tiada, 1990 Dialektologi tradisional dan dialektologi sosial-bandar: Satuperbandingan matlamat, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1998 Dialektologi bahasa Bugis di sabah, Noor Aina Dani, Jurnal Bahasa, 1 June 2006 Dialektologi struktural dalam penelitian bahasa Bali, Bawa, I Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1992 Dialektologi sosial bandar: satu pengenalan, Idris B. Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1996 Dialektologi Melayu: sumbangan A. Teeuw, Bawa, Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 February 1990 Nilai dialektologi sosial bandar dalam pembangunan negara, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 Tamadun Melayu dan dialektologi, Collins, James T, Jurnal Dewan Bahasa, 1 January 1993
Lain-lain15.04.2014
Salam sejahtera. Adakah kata "mukim" mempunyai 2 makna yg bercanggah? Jika merujuk pd kamus, mukim membawa maksud tinggal tetap. Maksud yg lain juga adalah seperti penduduk yg tidak berniat untuk menetap di sesuatu tempat. Adakah terdapat dua makna yg bercanggah? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kata mukim adalah seperti yang berikut:

mukim kata nama

1 kawasan atau tempat tinggal di bawah perintah seorang penghulu atau ketua kampung. Contoh penggunaan: Kuala Tekal dan Kuala Kerau terletak dalam mukim Jenderak.

penduduk tetap di sesuatu daerah atau kawasan. Contoh penggunaan: Ada juga yang di dalam kapal-kapal itu seorang dua peranakan Bugis yang jadi mukim di negeri Melaka.

daerah yang berada dalam lingkungan sebuah masjid;

orang yang tinggal di Makkah melebihi tempoh menunaikan haji;

Terdapat empat pecahan makna mukim. Pemerian makna adalah berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP.
Makna12.01.2024

Kembali ke atas