Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku bangsa yg berasal dr Sulawesi Selatan, Indonesia, yg terkenal sbg pelaut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bugis

Puisi
 

Kain Bugis kain Palembang,
     Pakai anak Raja Semarang;
Mas merah asalnya kurang,
     Emas bersepuh di kayu arang.


Lihat selanjutnya...(12)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN BUGISADAT PERKAHWINAN BUGIS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia.BUDAYAKonsep
KAIN BUGIS

KAIN BUGIS, kain tenunan berasal dari Sulawesi. Kain bugis diperbuat daripada tenunan benang sutera atau benang kapas halus dengan menggunakan kek sadang belakang dan ditenun oleh kaum wanita Makasar dan Bugis sebagai punca pendapatan keluarga. Kain bugis telah menjadi industri kampung menggunakan kek lantai dan torak terbang. Oleh itu, kain bugis yang asli biasanya berkampuh dua manakala kain bugis masa kini tidak berkampuh.

BUDAYAKraf Tangan
BUGIS

BUGIS, salah satu suku bangsa yang menduduki Propinsi Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan, Indonesia.  Propinsi tersebut mempunyai lebih kurang tujuh juta orang penduduk yang juga terdiri daripada Makassar, Mandar dan Toraja.  Masyarakat Bugis merupakan penduduk terbesar, iaitu lebih kurang empat juta orang. Mereka mendiami 14 daripada 23 buah kabupaten di Sulawesi Selatan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SALASILAH MELAYU DAN BUGIS

SALASILAH MELAYU DAN BUGIS, karya sastera bercorak sejarah.  Judul penuhnya ialah Salasilah Melayu dan Bugis Lama dan Sekalian Raja-rajanya.  Karya ini ditulis pada 28 Ogos 1865 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad, seorang pujangga Melayu dan cucu kepada Raja Haji.

SASTERAKarya
DAENG PARANI

Daeng Parani (?–1724), pemimpin Bugis yang

paling masyhur dari Sulawesi, Indonesia

UMUM 
DAENG MANAMPOK

DAENG MANAMPOK (? -1735), pemimpin Bugis. Dia dikenal juga dengan nama Raja Tuan Bugis. Dia ialah putera Raja Lampoko (Sulawesi Barat Daya) yang pernah menghina Raja Bugis, Arung Palaka pada tahun 1690, lalu meninggalkan Sulawesi dan pergi ke Jawa. Menurut rekod Belanda, pada tahun 1711 Daeng Manampok menetap di Linggi, berhampiran dengan tempat tinggal Daeng Marewah di Sungai Penagie, Linggi. Dia membantu Daeng Marewah menguasai daerah timah di Linggi dan Selangor dan mengiringi Daeng Marewah ke Kedah untuk membantu Raja Kedah dalam perang saudara di Kedah pada tahun 1715.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN SALLEHUDDIN SYAHSULTAN SALLEHUDDIN SYAH ( ? -1778), Sultan Selangor yang pertama (1756-1778). Nama sebenar baginda ialah Raja Lumu.  Baginda adalah putera Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau (1728-1745).  Pada zaman remajanya, Raja Lumu tinggal di Selangor, tempat penghijrahan orang Bugis.  Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai pengganti ketua Bugis Selangor.  Dalam Tuhfat al-Nafis, disebut bahawa baginda bergelar Yang Dipertuan Selangor seawal tahun 1756.  Namun demikian, sehingga Raja Lumu meningkat dewasa, urusan pentadbiran negeri Selangor dijalankan oleh pemangku raja.  Selangor pada masa itu, merupakan sebuah negeri takluk Riau yang dikuasai oleh Yang Dipertuan Muda Bugis, Daeng Kemboja (1745-1777).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ENGKU NGAHENGKU NGAH, (1774 – 1828), bangsawan Riau. Engku Ngah dikenal juga dengan nama Raja Idris bin Raja Haji, putera kedua Yang Dipertuan Raja Haji, Riau. Ibunya, Encik Uning, berasal dari Inderagiri. Engku Ngah berkahwin dengan raja Safiah, anak Yang Dipertuan Muda Raja Ali, dan mendapat dua orang anak perempuan. Nama Engku Ngah disebut beberapa kali dalam Tuhfat al-Nafis, karya yang dimulakan oleh bapa saudaranya. Raja Ahmad dan dilengkapi oleh sepupunya Raja Ali Haji. Engku Ngah merupakan salah seorang anggota angkatan Riau yang menyerang Melaka pada tahun 1784, tetapi dia meninggalkan Melaka dengan beberapa orang Bugis yang lain selepas Belanda menawan Riau pada tahun 1787. Orang Bugis kemudian kembali ke Melaka, tetapi disebabkan perkelahian yang berterusan dengan orang Melayu, Engku Ngah bersama-sama beberapa orang anak raja yang lain pergi ke Selangor. Pada sekitar tahun 1804, dia membantu Selangor menyerang Perak. Sebagai ganjaran, dia diberikan hak ke atas perlombongan bijih timah di daerah Kelang. Tidak lama kemudian, Engku Ngah kembali ke Riau. Menurut Tuhfat al-Nafis, Engku Ngah dimurkai oleh orang istana kerana hubungannya dengan ulama Minangkabau dan dituduh mengamalkan tarekat.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari

(1710–1812) ialah ulama Indonesia. Nama penuhnya

ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-

Banjari. Semasa berada di Betawi, dia bersama-sama

rakannya, iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falembani,

Syeikh Daud al-Fathani dan Syeikh Abdul Wahab

Bugis telah ditangkap oleh pihak Belanda kerana

disyaki menimbulkan kekacauan di sana.

UMUM 
MANDAR

MANDAR, kerajaan Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia. Sejak abad ke-16 lagi kerajaan ini menganggotai Persekutuan Kerajaan-kerajaan yang terdiri daripada beberapa buah kerajaan di wilayah pantai yang dikenal sebagai Pitu Babana Binanga dan beberapa buah kerajaan pergunungan yang disebut sebagai Pitu Ulunna Salu. Persekutuan ini telah diasaskan oleh Raja Balanipa yang bernama Tomepayung. Antara kerajaan yang menganggotai persekutuan ini termasuklah Mandar, Balanipa, Sendana, Baggae, Pamboang, Tappalang, Mamuju dan Binuang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
12345

Kembali ke atas