Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.hul] | بوهول

Definisi : Mn simpul, ikatan (tali dll): tidak boleh terbuka lagi buhurnya;membuhul menyimpul, mengikat (tali); ~ jangan membuku, mengulas jangan mengesan prb merahsiakan sesuatu hendaklah sempurna; mengebat erat-erat, ~ mati-mati prb membuat perjanjian hendaklah dgn sempurna;buhulan simpulan, ikatan: ia menggumpalkan ~ kainnya kukuh-kukuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buhul


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kelakar MSr1. perbincangan. 2. perbualan.Jarang-jarang Pak Bidin mahu bersuara atau menyampuk kelakar orang kalau dia belum benar-benar bersedia.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pulai Ibpulang.Ke mana perginya apaimu, Icut? Ndak pulai-pulai lagi. Umbai berasa semakin resah. Kepulangan lakinya mula diragukannya. Entah pulang entah tidak lakinya itu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
terkanjat Kh, MSrterperanjat, terkejut.Jimbai yang turut terkanjat oleh perbuatan si Mayau menoleh lalu terserempak dengan gelagat Umbai yang terkulat-kulat membetulkan dirinya di muka pintu itu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bandat Ibsejenis permainan terup.Umbai berasa semakin keliru semakin banyak kali dia menjawab sindiran dan ajakan orang-orang di sekeliling hamparan tikar tempat mereka bermain bandat itu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
paloi, *palui* Ib, MSrbodoh.Lagipun kalau Umbai tahu aku berbuat begitu, percuma aku dikatakannya paloi atau tembap dan lebih menyedihkan dan membencikan lagi kalau dia terus mentertawakan aku.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nadai Ibtidak; bukan.Jimbai masih bertenang menunggu tindakannya. "Sial! Celaka! Lelaki nadai guna. Lebih baik kaumampus." Gemuruh geram dan benci menggoncang-goncang perasaannya bagai ombak pantai menyerang beting.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
manas II MSrmarah.Kenapa Jimbai perlu bertindak terburu-buru begitu? Kalau manas pun tanyalah dahulu ketika pulang. Tanya dahulu kenapa aku berjudi dan minum tuak dan langkau sampai mabuk.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kejeron MSrghairah, tak sabar-sabar, beria-ia benar (melakukan sesuatu).Seingatnya juga, Bidin tidak bertanya satu apa pun petang itu. Tetapi dia yang kejeron hendak memberi tahu keputusan Esah.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kempang Ib, MSrtergamak, sampai hati, sadis, tega.Sibot hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah tidak kempang melihat muka bapanya yang kebingungan itu lalu dengan cepat dia berpaling ke tempat lain.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gambung, *gambong* MSrsombong atau bersifat kurang ajar, bongkak, berlagak.Dirasakannya juga bahawa Ayu semakin gambung dan perasan. Malah dunia ini adalah dunia Ayu. Dia sudah ada orang yang dipanggilnya bapa.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas