Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.jur] | بوجو

Definisi : 1. = ~ telur = bulat ~ mempunyai bentuk spt bentuk telur ayam, lonjong: mengapa raga ini ~?; muka ~; segi empat ~ (Mat) rajah segi empat yg mempunyai empat sudut tepat; 2. panjang (bidang, bongkah, dll): lipat tepi lintang kain dahulu, kemudian tepi ~ kain supaya rata; ruang tamu itu ~nya 6.7 meter dan lebarnya 4.5 meter; ~ sangkar Id a) empat persegi tepat; b) persegi; 10 meter ~ sangkar 10 meter persegi; ~ sirih bulat memanjang (spt daun sirih); ~ songsang bulat melebar, lwn bujur sirih; ~ telur = bulat ~ bulat panjang (spt telur), lonjong, penjong; ~ lalu, lintang patah prb mengerjakan sesuatu haruslah menurut aturannya;membujur 1. terletak memanjang: banjaran gunung itu ~ dr utara ke selatan Tanah Melayu; mayat itu ~ kaku; 2. mengikut panjang atau memanjang: potong melintang atau ~; ~ jari menyambung tangan dgn mempertemukan hujung jari;membujurkan meletakkan mengikut panjang atau secara memanjang: mereka ~ mayat itu ke arah kiblat;terbujur terletak (terbaring) membujur; ~ lalu, terlintang patah prb perintah yg tidak dapat dialang-alang (terpaksa diturut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jur] | بوجو

Definisi : mujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jur] | بوجو

Definisi : 1 bentuk sesuatu benda yg agak panjang: muka ~ ; segi empat ~. 2 panjang sesuatu bidang; lw lebar: Padang ini ~nya 100 meter dan lintangnya 80 meter. ~ sangkar a. segi empat tepat. b. persegi. ~ sirih bulat memanjang spt bentuk daun sirih. ~ telur bulat panjang atau lonjong spt bentuk telur. membujur terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa ~ dr utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. membujurkan meletakkan sesuatu membujur: Mereka kemudian ~ jenazah orang tua itu di atas sebuah katil. terbujur terletak membujur; terbaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bujur

Puisi
 

Sirih kuning ganggangnya jelujur,
     Nak taruh bulan puasa;
Putih kuning mukanya bujur,
     Nak taruh permainan mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Yang terbujur lalu,
     yang terlintang patah.

Bermaksud :

Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi. (Peribahasa lain yang sama makna: Bujur lalu, lintang patah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah sesuai jika penjodoh bilangan untuk mayat ialah 'bujur', contohnya sebujur mayat. Jika 'bujur' boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk mayat, bolehkah kata bilangan tak tentu 'beberapa' digunakan bersama perkataan 'bujur', contohnya "Beberapa bujur mayat telah ditemui di tempat tersebut."Untuk pengetahuan tuan, tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Bagi "mayat" yang biasa digunakan ialah sekujur mayat. Manakala bagi banyak mayat, lebih sesuai menggandakan perkataan mayat menjadi mayat-mayat yang menunjukkan tidak tentu bilangan mayat. Harap maklum.Tatabahasa13.03.2013
Gendang berbentuk tirus. Pilihan jawapan: tirus, bujur, panjang dan bulat. Apakah bujur adalah pilihan yang paling tepat. Saya sertakan gambar sebagai rujukan. Terima kasih.Bentuk yang paling hampir ialah bujurTatabahasa20.05.2020
selamat petang . Apakah perkataan yang sesuai bagi bentuk bola ragbi. 1. Bola ragbi itu berbentuk bujur. 2. Bola ragbi itu berbentuk lonjong . Apakah perbezaan maksud antara perkataan bujur dan lonjong? Jika dalam ujian UPSR , perkataan manakah yang paling sesuai??Bola ragbi berbentuk bujur. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah entri ragbi.Istilah02.09.2009
Apakah perbezaan antara makna bentuk lonjong dan bujur? Adakah terdapat perbezaan makna antara kedua-dua bentuk tersebut?Bentuk lonjong ialah bentuk yang bulat panjang seperti bentuk buah kundur manakala bentuk bundar ialah bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan.Makna23.01.2019
Apakah perbezaan antara "bulat" dan "bundar"?Berdasarkan Kamus Dewan bundar bermaksud bujur seperti bentuk bulat yg dileperkan. Maka perbezaannya antara kedua-keduanya boleh dilihat pada bentuk, iaitu bujur.Makna08.09.2014
1. Apakah jawapan bagi soalan berikut : A. Apakah bentuk songkok ? a. tirus b. bulat c. leper d. bujurJawapan yang tepat untuk bentuk songkok ialah: d. bujurLain-lain05.09.2016
1. sila beritahu nama bahasa malaysia bagi bentuk Oval dan Oblong. Nama bujur sesuai digunakan untuk bentuk apa? 2. diamond shape- dipanggil sebagai apa? nama bentuk intan boleh digunakan?

Encik Logeswari,

Oval diterjemahkan sebagai bujur. Oblong sebagai segi empat panjang. Diamond shaped ialah potong wajik bukan bentuk intan.

Istilah25.06.2010
Assalam, saya inginkan pencerahan. Apakah jawapan untuk bentuk ikan bawal? A) leper B) bujur C) lonjong D) tirus Terima kasihUntuk makluman puan, jika ikan tersebut dilihat dari arah hadapan, ia berbentuk bujur. Kalau ikan tersebut dibaringkan, dari arah tepi ikan tersebut akan kelihatan leper.Lain-lain26.10.2018
Gendang berbentuk tirus.Adakah betul jawapannya? Atau adakah bujur bentuk yang paling sesuai? Saya sertakan gambar untuk rujukan pihak dbp. Terima kasih.Bentuk yang paling hampir ialah silinder. Tatabahasa19.05.2020
Salam, Saya ingin bertanya tentang kata adjektif bentuk. Dalam tatabahasa dewan edisi keempat, kata adjektif bentuk seperti bulat, bujur, leper. Jadi, soalan saya, adakah piramid, kon, segi empat, segi tiga dikira sebagai kata adjektif ataupun kata nama? Terima kasih.Dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu, piramid, kon, segi empat dan segi tiga ialah kata nama.Tatabahasa15.09.2016
12

Kembali ke atas