Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan Islam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di malaysia, orang yang belum masuk Islam dikenali sebagai "orang bukan Islam" sebagai kata lawan kepada "orang Islam". Frasa "orang bukan Islam" sebenarnya tidak logik kerana Islam merujuk kepada satu set ajaran. Dalam bahasa inggeris, mereka dikenali sebagai "non-muslim". Soalan: Adakah frasa "orang bukan muslim" adalah lebih tepat? Frasa ini sebenarnya mengandungi masalah kerana "muslim" merujuk orang islam kepada yang lelaki menurut kamus dewan. Ataupun Adakah "orang tidak Islam" boleh diterima? Di sini, Islam dianggap sebagai kata adjektif. maka perkataan "tidak" digunakan.Non-muslim boleh diterjemahkan kepada orang bukan Islam atau orang bukan muslim. Betul Kamus Dewan menakrifkan muslim sebagai lelaki Melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanpun dalam penggunaan harian kita biasa menggunakan kata nama khas untuk lelaki bagi mewakili lelaki dan perempuan terutamanya bagi khalayak umum dan sasaran yang tidak diketahui lelaki atau perempuan. Contohnya penggunaan kata nama tuan dan saudara kadangkala digunakan untuk kedua-dua jantina. Bukan ialah kata nafi untuk nama dan frasa sendi nama. Islam ialah kata nama, oleh itu frasa "orang tidak Islam" tidak gramatis.Istilah13.06.2012
Selamat petang En. Sulaiman, Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan 'jenazah' digunakan pada yang bukan Islam? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, perkataan jenazah berasal daripada bahasa Arab dan bermaksud mayat (bagi orang Islam). Oleh itu, perkataan ini tidak sesuai digunakan bagi orang yang bukan Islam.
Makna12.06.2012
Selamat petang En. Sulaiman, Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan 'berkhalwat' dan 'mengarwahkan' digunakan pada yang bukan Islam? Terima kasih.Melihat dari aspek makna, perkataan berkhalwat boleh digunakan untuk semua orang tetapi lazimnya perkataan tersebut digunakan dalam perundangan syariah yang khusus kepada orang Islam. Ada baiknya untuk bukan Islam perkataan berdua-duaan atau bersunyi-sunyian digunakan bagi menggantikan perkataan tersebut. Begitu juga dengan perkataan mengarwahkan yang lazimnya merujuk  adat dalam kalangan orang Islam untuk memperingati seseorang yang telah meninggal dunia.Tatabahasa22.03.2012
Panggil/sebutan utk orang bukan Islam yg. meninggal duniaMendiangLain-lain13.08.2008
Salam, jika kita hendak merujuk seorang bukan Islam yang sudah meninggal, perlukah kita mengulang perkataan 'mendiang' atau gunakan sekadar sekali sudah memadai pada awal ayat? Contoh: Kami di sini sedang berkabung sempena kematian mendiang/Mendiang Nenek Padma. Dia/Mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung. Mak Cik Naina yang menjaga mendiang/Mendiang (perlu ada atau tidak penggunaan perkataan 'mendiang') Nenek Padma semasa dia lumpuh. Sekian terima kasih.Perkataan "mendiang" perlu diulang dalam konteks yang tersebut, atau tuan boleh menggunakan ayat majmuk seperti, di sini sedang berkabung bersempena dengan kematian Mendiang Nenek Padma yang meninggal dunia akibat serangan jantung.Tatabahasa06.03.2014
Adakah frasa meninggal dunia boleh digunakan untuk orang bukan Islam?

Boleh digunakan untuk lebih sopan.

Lain-lain19.08.2009
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'bernikah' digunakan pada bukan Islam? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bernikah ialah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan. Perkataan tersebut boleh digunakan semua agama.Tatabahasa28.11.2012
Boleh gunakan perkataan jenazah untuk bukan Islam?Perkataan jenazah hanya untuk orang Islam sahaja.Lain-lain17.04.2014
saya nak tanya, orang bukan islam panggil apa kepada orang islam yang dah meniggal dunia? allahyarham atau arwah atau ada nama lain?Gelaran untuk orang lelaki beragama Islam yang telah meninggal dunia ialah allahyarham, manakala gelaran untuk orang perempuan Islam pula ialah allahyarhamah. kata arwah digunakan apabila menyebut orang Islam yang telah meninggal dunia. Harap maklum.Makna05.12.2007
Salam sejahtera. Walaupun jarang dilihat dan dianggap sedikit kaku, bolehkah kaum bukan Melayu (termasuk bukan Islam) memberikan salam dengan "Assalamualaikum" dan juga mengujar "Alhamdulillah", dan sebagainya?Menurut Kamus Dewan, memberi salam bermaksud mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb). Tiada halangan untuk mereka yang bukan beragama Islam untuk mengucapkan perkataan seperti Assalamualaikum dan Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, bagi orang Islam pula mereka boleh menjawab salam tersebut jika salam yang diucapkan itu tidak memberi makna yang salah. Berlaku sedikit perselisihan pendapat antara ulama’ dalam menentukan lafaz yang sepatutnya diucapkan ketika menjawab salam mereka. Tuan boleh merujuk permasalahan ini di laman web https://muftiwp.gov.my/ Terima kasih. 


Lain-lain15.10.2020
12345

Kembali ke atas