Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan Islam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AHLI ZIMMAH

Ahli zimmah ialah orang bukan Islam yang tetap

berpegang dengan agama mereka tetapi tinggal di

dalam negara orang Islam berdasarkan perjanjian

taat setia yang diadakan antara mereka dengan

pemerintah Islam atau timbalannya.

UMUM 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

AGAMAInstitusi/Organisasi
KHARAJ

Kharaj ialah sebahagian harta yang diambil

ke atas tanah yang dibuka oleh orang Islam,

dan dibahagi-bahagikan antara mereka, seperti

pembahagian harta rampasan perang atau tanah

yang ditetapkan oleh pemerintah Islam untuk

terus dimiliki oleh orang bukan Islam.

UMUM 
PARTI PERIKATAN SABAH

PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik.  Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada 13 November 1962.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK

PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966.  Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak.  Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak.  Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam.  Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) ialah badan bukan kerajaan yang kegiatan

utamanya tertumpu kepada kerja-kerja kebajikan dan

dakwah khususnya di kalangan saudara baru. Untuk

mencapai matlamat ini, PERKIM melaksanakan

beberapa program kebajikan pada peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

UMUM 
MAJLIS ISLAM SARAWAK

MAJLIS ISLAM SARAWAK, badan tertinggi dalam sistem pentadbiran Islam di Sarawak. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu. Pada masa itu, badan ini bukan sahaja mengurus hal ehwal Islam tetapi juga upacara-upacara diraja warisan kebudayaan Melayu. Pada tahun 1971, bahagian ‘Adat Istiadat’ dalam badan tersebut digugurkan dan sejak itu Majlis Islam Sarawak menumpukan perhatian semata-mata kepada hal ehwal agama.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
SYIAH

Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang

berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah

atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang

diserahkan kepada orang ramai untuk

menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan

satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang

demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak

wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau

menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh

umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang

akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan

ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w.

telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn

Abu Talib sebagai pengganti Baginda.

UMUM 
PUASA

Puasa ialah menahan diri daripada memakan

makanan atau jenis-jenis makanan yang tertentu

dalam satu tempoh waktu. Asal usul puasa

(bukan berkaitan dengan Islam) tidak

diketahui. Tetapi adat berpuasa telah menjadi

amalan dalam setiap kumpulan agama

utama pada sesuatu masa tertentu.

UMUM 
BERSUNYI-SUNYIAN

BERSUNYI-SUNYIAN, perbuatan berdua-duaan lelaki Islam dengan perempuan Islam yang bukan muhrimnya.  Ini termasuklah perbuatan bersekediaman atau bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi dalan keadaan yang mendatangkan syak.  Dalam konteks undang-undang Islan di Malaysia, keadaan ini disebut berkhalwat.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas