Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan Islam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
servant of Godhamba Tuhan (bukan Islam)SejarahTiadaTiada
الحربىkafir harbiAgama IslamFiqhOrang bukan Islam yang sentiasa memusuhi Islam dan mereka ini wajib diperangi.
rating agencyagensi penarafanEkonomiEkonomi IslamAgensi yang memberikan gred semua terbitan sekuriti hutang swasta Islam dan bukan Islam serta menyebarkan maklumat semasa kepada bakal pelabur kedua-dua terbitan peringkat pertama dan kedua. Contohnya, Agensi Penarafan Malaysia (RAM) dan Perbadanan Penarafan Malaysia (MARC). Kategori penarafan yang diberi oleh agensi ini adalah antara ‘AAA’ hingga ‘BBB’. Sekuriti yang diberi penarafan tinggi seperti ‘AAA’ oleh agensi ini akan memberikan imej perniagaan yang baik kepada pengeluar sekuriti tersebut.
land taxkharajEkonomiEkonomi IslamBayaran cukai yang dikenakan oleh pemerintah terhadap petani bukan Islam yang mengerjakan tanah sama ada milik sendiri atau milik kerajaan. Kharaj terdiri daripada dua jenis iaitu kharaj amaliah dan kharaj muqasamah.
jizyahcukai kepala/jizyahPerniagaan IslamTiadaCukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam di negara Islam sebagai jaminan keselamatan. Cukai ini dikenakan selagi individu tersebut tidak memeluk agama Islam. Kadar cukai dikenakan mengikut kemampuan mereka atau berdasarkan budi bicara kerajaan. Pembayar jizyah mempunyai hak yang sama dengan penduduk beragama Islam. Sinonim kharaj jizyah.
mufawadah sharingperkongsian mufawadahEkonomiEkonomi IslamAkad perkongsian yang mensyaratkan persamaan dalam sumbangan modal, pembahagian keuntungan, tanggungjawab dan status pihak yang berkongsi. Setiap rakan kongsi menjadi penjamin dan wakil kepada rakan kongsi yang lain dalam hal perniagaan. Hal ini bermakna, urusan perniagaan yang dilakukan oleh salah seorang rakan kongsi dipersetujui oleh rakan kongsi yang lain. Oleh sebab syarat persamaan merangkumi persamaan agama, perkongsian mufawadah tidak sah antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Sinonim syarikah mufawadah.
assetasetEkonomiEkonomi IslamBenda halal dan bernilai yang dimiliki serta boleh dipindah milik oleh individu, firma dan ejen lain dalam ekonomi. Aset terbahagi kepada dua jenis, iaitu aset benar seperti rumah, tanah dan bangunan, dan aset kewangan seperti wang dan sukuk. Benda yang diharamkan oleh syariah seperti arak, bangkai dan wang riba tidak dianggap aset dalam Islam tetapi masih dianggap sebagai aset bagi orang bukan Islam.
takaful nasional sendirian berhad (TNSBtakaful nasional sendirian berhad (TNSB)EkonomiEkonomi IslamSyarikat pengendali takaful yang kedua beroperasi di Malaysia selepas Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan merupakan anak syarikat Malaysia National Insurance (MNI) Berhad. Pada mulanya, syarikat ini ditubuhkan pada 20 November 1993 dengan nama MNI Takaful Sendirian Berhad (MNIT), tetapi pada 8 Disember 1998, nama syarikat ini ditukar kepada Takaful Nasional Sendirian Berhad (TNSB). Syarikat ini berperanan untuk memantapkan perniagaan takaful di Malaysia dengan melengkapi peranan yang dimainkan oleh STMB. Tindakan kedua-dua syarikat menawarkan produk takaful boleh menjadikan perniagaan takaful lebih cekap dan mampu menawarkan perkhidmatan kepada semua masyarakat sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Kewujudan kedua-dua syarikat pengendali tersebut telah memudahkan pelaksanaan operasi takaful semula antara mereka.
shi�r ?l-??m?s?hshi�r ?l-??m?s?hKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang dikaitkan dengan kebanggaan atau ketaksuban seseorang penyair terhadap kabilahnya sendiri. shi�r ?l-??m?s?h ini digunakan oleh penyair pada zaman Rasulullah SAW untuk mempertahankan Islam. Pada zaman berikutnya, shi�r ?l-??m?s?h dianggap sebagai puisi refleksi peperangan yang menyemarakkan semangat tentera Islam menghadapi peperangan. Pada zaman Abbasiah pula, penulisan shi�r ?l-??m?s?h berkurangan disebabkan tentera Islam tidak mendapat tentangan hebat daripada tentera bukan Islam. Antara penyair shi�r ?l-??m?s?h pada zaman Rasulullah SAW ialah Hassan ibn Thabit (Diwan), sementara pada zaman Abbasiah ialah al-Buhturi (H?m?s?h ?l-Buhturi). Lihat juga shi�r ?l-f?khr, shi�r ?l-hij?�.
ard kharajiyyahtanah kharajiyahPerniagaan IslamTiadaTanah yang diperoleh kerajaan Islam melalui dua kategori, iaitu melalui peperangan dan diagihkan kepada pengusaha yang bukan beragama Islam dan kategori kedua, iaitu tanah yang diperoleh kerajaan Islam melalui perjanjian damai. Tanah ini dikekalkan kepada pemilik asal. Tanah kharajiyah kategori pertama, tidak berubah statusnya walaupun pengusahanya memeluk agama Islam. Sebaliknya, tanah kharajiyah kategori kedua akan berubah statusnya kepada tanah ushriyah sekiranya pemiliknya memeluk agama Islam.
123456

Kembali ke atas