Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : unsur yg lain drpd logam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
logam (kata nama)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Zaman merujuk zaman batu, zaman neolitik zaman logam. Adakah ini kata nama khas?Selamat ptg.

Zaman batu dan zaman logam bukan kata nama khas tetapi Zaman Neolitik ialah kata nama khas

Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.11.2016
apa beza antara tidak dan bukan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; manakala bukan pula 1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; 2. utk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir ayat): ini bukumu, ~? ~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja); ~ buatan (kepalang, main) amat sangat; ~ logam unsur yg lain drpd logam

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 262.  

Istilah21.10.2009
Perbezaan makna makanan organik dan bahan kimia organik.
kimia organik = cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon);

Bahan Organik = a) berkanaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) berkenaan  bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) berkenaan  tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;

 organik =; bahan ~ a) berkenaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;
 kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn se­batian karbon;
penyakit ~ penyakit yg me­libatkan perubahan struktur tubuh.

Makanan organik = makanan yang terhasil daripada  proses organik.
Tatabahasa06.12.2012
Apakah istilah 'Sycee'(ENG) dalam Bahasa Melayu? Bolehkah Sycee diterjemah sebagai "Yuan Bao", mengikut sebutan Mandarin? Terima kasih.

“Sycee” bukan perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi merupakan perkataan dalam bahasa Cina (dialek Kantonis) yang bermaksud “sutera halus”, “yuan bao” pula ialah dialek Mandarin yang digunakan untuk merujuk “kantung syiling”. Secara simboliknya, kedua-dua dialek ini digunakan untuk merujuk objek yang sama dalam bahasa Inggeris, iaitu “ingot” (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Maka, kami mencadangkan “sycee” diterjemahkan sebagai “jongkong”, iaitu ketulan logam (emas, perak dan lain-lain) yang berbentuk perahu. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah27.05.2020

Kembali ke atas