Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tangan yg digenggam, tinju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. genggaman tangan. b. sj senjata drpd besi yg digenggam apabila menggunakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku lima


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUKU LIMABUKU LIMA, sejenis senjata untuk menumbuk. BUDAYAArtifak/Mentifak
PERPUSTAKAAN BODLEY

Perpustakaan Bodley ialah perpustakaan

utama di Oxford University, England. Perpustakaan

ini mengandungi kira-kira lima juta buku dan lebih

daripada 60 000 manuskrip. Undang-undang hak

cipta menetapkan bahawa satu salinan bagi setiap

buku yang diterbitkan di Great Britain mestilah

diberikan kepada perpustakaan ini sekiranya

perpustakaan ini memerlukannya.

UMUM 
AKIVA BEN JOSEPH

Akiva ben Joseph (50?–135 M.) ialah rabai yang

banyak mempengaruhi perkembangan undang-undang

Yahudi. Dia menekankan peri pentingnya

setiap orang Yahudi mempelajari Torah, iaitu lima

buku pertama Bible.

UMUM 
SEJARAH ALAM MELAYU

SEJARAH ALAM MELAYU, satu siri karya persejarahan Melayu moden.  Buku ini sebanyak lima jilid dan telah dihasilkan antara tahun 1925 hingga tahun 1939.  Buku ini ditulis oleh Abdul Hadi Hassan dan Yusof Adil  yang lebih dikenal dengan nama Buyong Adil.  Daripada lima jilid itu, tiga jilid daripadanya adalah hasil penulisan Abdul Hadi, sementara Jilid IV dan Jilid V pula adalah karya Buyong Adil.  Kedua-duanya pernah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak.   Karya mereka adalah yang pertama sekali memakai judul tersebut dalam persejarahan rantau ini, sama ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa-bahasa lain.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
ILMU MENGARANG MELAYU

ILMU MENGARANG MELAYU, buku bahasa karya Za’ba yang pertama kali terbit pada tahun 1934 dalam tulisan Jawi. Kini buku ini telah diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi (1947, 1949, 1951, 1952 dan 1956) dan dua kali dalam tulisan Rumi (1962 dan 1965).

BAHASAKarya

Kembali ke atas