Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nota (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan catatan, nota kaki, keterangan, rujuk silang.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang betul? 1. Adik saya mandi di laut. 2. Adik saya mandi dalam laut. 3. Adik saya mandi di dalam laut. 4. Saya menulis di atas buku nota. 5. Saya menulis di buku nota. 6. Saya menulis dalam buku nota. 7. Saya menulis pada buku nota.Bagi merujuk tempat secara fizikal, ayat adik saya mandi di laut yang betul. Begitu juga dengan ayat kedua, saya menulis dalam buku nota yang betul.Tatabahasa08.08.2012
Mencatat nota ( di, pada ) buku nota.Mencatat nota pada buku nota.Tatabahasa17.10.2017
Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain10.10.2012
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? Mulut pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin para pelajar. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga1. Bibir pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
2. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari.
3. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
4. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah.
5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
6. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man.
7. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.
8. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.
9. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang dahulunya lemah dalam pelajaran, kini bergelar siswazah.
10. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga.
Tatabahasa13.05.2020
Apa istilah dalam bahasa Malaysia untuk siswa yang melihat buku/ catatan secara diam-diam tanpa sepengetahuan pengawas ujian pada saat ujian. Apakah menjiplak, menyontek, atau ada istilah lain? Terima kasih.

Untuk makluman tuan, peraturan peperiksaan awam di Malaysia melarang  calon membawa masuk buku, nota, kertas atau dokumen ke dalam dewan peperiksaan. Sekiranya calon terbawa peralatan tersebut, calon diminta mengangkat tangan dan hantar keluar dewan peperiksaan.  Sekiranya ada istilah bahasa Inggeris untuk konsep tersebut mohon kemukakan kepada kami.

Lain-lain19.10.2014
Salam sejahtera. Ayat manakah yang betul? (1) Aiman mencatat nota pada buku catatan. (2) Aiman mencatat nota di buku catatan.Ayat yang betul ialah "Aiman mencatat nota pada buku catatan."Tatabahasa06.05.2014
saya ingin tahu sama ada saya boleh mendapat nota-nota berkenanaan dengan pengunaan bahasa dengan betul

Saudara Guana,

Untuk mendapat nota atau maklumat tentang penggunaan bahasa yang betul saudara perlu memiliki buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang boleh diperoleh di Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka atau di mana-mana kedai buku di tempat saudara.   

Lain-lain04.08.2009
Salam memperjuangkan bahasa tuan DBP. Adakah kata "terasa" dapat digunakan sebagai kata kerja aktif? Hal ini saya curigai kerana pada pengetahuan saya, segala kata kerja yang berawalan ter- yang bermaksud "telah dibuat" itu hanya digunakan dalam ayat pasif sahaja, seperti: (1) Ajaran guru itu tersurat oleh saya dalam buku nota (tersurat - kata kerja pasif = telah disuratkan); (2) Kad pengenalan terlampir oleh saya bersama surat permohonan ini (terlampir oleh saya = telah saya lampirkan). Kedua-dua ayat (1) dan (2) ini ayat pasif kerana penyambut perbuatan "ajaran guru itu" dalam ayat (1) dan "kad pengenalan" dalam ayat (2) dipangkalkan dalam ayat. Pada asalnya, ayat berbentuk (1) telah menyuratkan ajaran guru itu dan (2) telah melampirkan kad pengenalan. Jadi, adakah ayat (3) Saya terasa letih sekali betul? Saya bertanya demikian kerana dalam ayat (3), kata "terasa" digunakan sebagai kata kerja aktif. Saya mengatakan bahawa ayat (3) ayat aktif kerana pelaku "saya" didepankan dalam ayat. Untuk pendapat saya yang lanjut, sila tuan rujuk WordPad terlampir oleh saya.DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan (Sila rujuk muka surat 170 -174). Sekiranya puan mempunyai pandangan atau pendapat lain tentang jenis kata kerja berawalan "teR-', sila kemukakan  kepada penulis buku tersebut atau kepada pakar bahasa yang lain.Tatabahasa02.12.2016
Ayat yang manakah betul? a) Ali menampal nota itu di dalam buku latihan. b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan. c) Ali menampal nota itu pada buku latihan.b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan.Tatabahasa21.08.2014
bagaimana menulis nota kaki atau nota hujung

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah)

Tempat terbit (diikuti dengan tanda noktah bertindih)

Nama penerbit (diikuti dengan tanda koma)

Halaman rujukan (diikuti dengan tanda noktah) 

Nota: Cara penulisan nota kaki ini adalah sama seperti cara penulisan bibliografi. Maklumat lanjut dan contoh penulisannya terdapat dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170.

 

 

Lain-lain27.02.2008
1234

Kembali ke atas