Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nota (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan catatan, nota kaki, keterangan, rujuk silang.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nota1. surat rasmi (antara dua negara dll), surat keterangan yg rasmi: kenyataan ini dibuat setelah diadakan pertukaran ~ antara Paris dan Moscow; 2. surat peringatan (amaran, pemberitahuan, dll): setiausaha gabenor mengirim ~ keras; 3. bahan berupa catatan-catatan bertulis (tentang sesuatu tajuk, perkara yg dipelajari, dll) utk rujukan pd masa hadapan: ~ kuliah; 4. catatan atau keterangan ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu; ~ bab nota (catatan) yg dirakamkan pd akhir bab; ~ hujungan nota (catatan) yg dirakamkan selepas lampiran atau bahagian teks; ~ kaki catatan (keterangan) ringkas yg ditulis atau terdapat pd kaki atau bahagian bawah sesuatu halaman buku dll (pd ruang antara teks dan jidar kaki); ~ kontrak dokumen yg menge­sahkan urus niaga telah dijalankan, yg me­ngandungi maklumat spt syarat penjualan dan pembelian saham dan caj-caj lain; ~ tepi nota (catatan) yg dirakamkan pd jidar luar dan jidar dalam.Kamus Dewan Edisi Keempat
nota kakicatatan (keterangan) ringkas yg ditulis atau terdapat pd kaki atau bahagian bawah sesuatu halaman buku dll (pd ruang antara teks dan jidar kaki);Kamus Dewan Edisi Keempat
anotasinota yg ditambahkan pd teks (biasanya penulisan sastera) sbg penerangan; beranotasi mempunyai anotasi: beberapa teks yg ~; bibliografi ~; menganotasi membuat catatan tambahan kpd buku (teks, manuskrip dsb) utk mem­berikan penjelasan atau keterangan lanjut; penganotasian perihal (perbuatan atau proses) menganotasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
catat; mencatat 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dlm buku dll) utk peringatan (per­hatian pd masa hadapan dll): seorang setiausaha harus dilantik utk ~ minit mesyuarat itu; cara-cara utk ~ pengeluaran wang; 2. membuat, merintis, memelopori: hari ini, hari yg paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll): ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu; mencatatkan 1. menuliskan atau merakam­kan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. me­nuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir; tercatat sudah dicatat (tertulis, termaktub): orang Yahudi sedia mengetahui dari hal itu sebagaimana yg ~ dlm kitab mereka; catatan yg telah dicatat, peringatan; ~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga kete­rangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilang­an penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyua­rat; pencatatan perihal (perbuatan dsb) men­catat(kan); pencatat 1. orang yg membuat catatan; 2. alat yg digunakan utk mencatat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas