Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : buku yg digunakan oleh pelajar sbg buku rujukan yg standard utk sesuatu mata pelajaran tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : buku ttg sesuatu mata pelajaran yg digunakan oleh pelajar-pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan skrip, manuskrip, naskhah, dokumen.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slmt ptg, tumpang tanya ye, bolehkah saya mendapatkan buku teks tahun 1 2011 dalam pasaran? Sdh lama tunggu, tapi buku -buku teks masih belum sampai kat sekolah lagi. Sekian, terima kasih.Bagi buku teks terbitan DBP, sebahagian besar buku teks tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku teks ini akan berada di pasaran terbuka mulai pertengahan bulan November.Lain-lain01.11.2010
Saya ingin mencari semula buku-buku teks komponen sastera yang terdahulu (2000 - 2009). Di mana saya boleh dapatkan buku tersebut? Apa yang terjadi kepada kesemua salinan buku teks di seluruh negara sebaik sahaja buku teks KOMSAS ditukar pada 2010?Dalam hal yang tuan nyatakan ini, kami sarankan tuan merujuk Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain18.09.2013
yang manakah paling tepat, 'Halaman buku teks' atau 'Buku teks Halaman'. terima kasihFrasa yang betul ialah 'halaman buku teks', merujuk halaman dalam buku teks.Tatabahasa04.05.2011
untuk perhatian unit editor buku teks matematik sk tahun 3 semakan 2017 jilid 2 digital. kenapa buku teks matematik tersebut dicampur aduk dengan versi bahasa inggeris? tajuk-tajuk lain semua dalam bahasa melayu tapi untuk tajuk WAKTU DAN MASA. buku teks murid semua dalam bahasa melayu. tetapi buku teks digital bahasa inggeris. saya hanya dibekalkan buku teks digital saja, ini memberi masalah kepada saya tambahan pula bila dalam situasi sekarang. mohon pihak DBP untuk membetulkan versi bahasa melayu tersebut.Salam tuan,

Buku Teks Matematik SK tahun 3 

Dimaklumkan bahawa Buku teks digital Matematik tahun 3 diuruskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). DBP hanya menguruskan buku teks secara bercetak sahaja. Walau bagaimanapun masalah tersebut telah dipanjangkan kepada pihak urus setia KPM untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara tersebut, bolehlah menghubungi pihak KPM.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain22.02.2022
Assalammualaikum dan selamat pagi. Saya merupakan pelajar phd yg sedang membuat penyelidikan mengenai buku teks bahasa melayu sekolah rendah. Justeru, saya memerlukan maklumat perkembangan buku teks di malaysia atau sejarah penerbitan buku teks oleh dbp. Bagaimana satu-satu buku teks dihasilkan..adakah mempunyai panel tertentu dan adakah mempunyai garis panduan penulisan buku teks atau modul. Jika ada bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tersebut. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai..Waalaikumussalam. Untuk mendapatkan maklumat buku teks, saudara boleh menghubungi pegawai di Bahagian Buku Sekolah di talian 03 21479550/9505.  Terima kasih.Lain-lain09.05.2014
Ejaan; buku teks sejarah @ Buku Teks Sejarah?

Salam sejahtera,

Buku Teks Sejarah

Ejaan07.01.2013
Salam, Saya berminat untuk memaparkan pautan untuk muat turun Buku Teks Digital Asas (BTDA) di laman web saya. Pautan ini dikongsi oleh guru sekolah anak saya. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai hak cipta kerana buku-buku teks ini diterbitkan oleh DBP untuk Kementerian Pendidikan Malaysia. Adakah akan menjadi isu hak cipta dan sekiranya ya, apakah yang patut saya lakukan untuk membolehkan saya berkongsi pautan & buku-buku teks ini secara sah?Salam sejahtera, Berhubung dengan pertanyaan Pautan Buku Teks Digital Asas (BTDA) di laman web KPM, pihak puan bolehlah menghubungi: Puan Rasinah binti Zakaria, Sektor Standard dan Pengurusan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tel.: 03-8884 4373 E-mel: rasinah.zakaria@moe.gov.my Sekian, untuk pemakluman.Lain-lain13.01.2021
Salam sejahtera, 'Di dalam buku teks' atau 'dalam buku teks' yang gramatis? Terima kasih. Selamat Berpuasa.Dalam buku teks.Tatabahasa20.08.2009
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang buku-buku teks sekolah rendah yang ada dalam simpanan DBP dari tahun 1945 hingga sekarang? Sekiranya ada dalam simpanan, sy ingin bertanya bagaimana cara untuk mendapatkannya? Ini kerana saya merancang ingin mengadakan galeri buku teks di sekolah sy. Terima kasih.Kami cadangkan tuan berhubung terus dengan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP untuk bertanyakan tentang perkara tersebut. Tuan juga boleh berbincang dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut dengan Pustakawan DBP. Sila hubungi pustakawan Encik Hiezam Hashim, 03-21479657/izmmh@dbp.gov.my, Puan Aimi Umaimah, 03-21479632/aimi@dbp.gov.my dan Puan Che'Ros Rahim, 21479631/ros@dbp.gov.my.
Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku dan soalan ini memakan masa yang lama untuk dijawab oleh pihak kami.
Lain-lain31.07.2012
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku TeksEjaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas.Ejaan17.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas