Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : buku yg digunakan oleh pelajar sbg buku rujukan yg standard utk sesuatu mata pelajaran tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : buku ttg sesuatu mata pelajaran yg digunakan oleh pelajar-pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan skrip, manuskrip, naskhah, dokumen.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SILLIMAN BENJAMIN

Silliman Benjamin (1779–1864) ialah pendidik

dan ahli sains Amerika yang terkemuka, yang

mengasaskan American Journal of Science pada

tahun 1818. Jurnal ini pada mulanya menyiarkan

rencana oleh ahli sains daripada pelbagai bidang.

Kini, jurnal ini hanya memuatkan rencana tentang

geologi. Silliman bertugas sebagai editor melebihi 20

tahun. Dia juga menulis buku teks kimia dan

menyunting buku teks kimia dan geologi.

UMUM 
EDDA

Edda iaIah  istilah yang merujuk kepada dua buah hasil karya sastera yang berasingan pada Zaman Pertengahan. Iceland Poetic, atau Elder, Edda iaIah koleksi puisi tanpa nama yang digubah pada tahun 1000-an dan llOO-an. Prose atau Younger, Edda iaIah buku teks untuk penyair, yang ditulis pada tahun 1200-an oleh penyair dan ahli sejarah Iceland yang bernama Snorri Sturluson. Karya Snorri adalah yang pertama disebut Edda, nama yang berkemungkinan berkait dengan perkataan Iceland yang bermaksud lagu atau puisi. Kemudian, istilah ini telah digunakan juga untuk Elder Edda.

UMUM 
PUSTAKA PENDIDIKAN SDN. BHD.PUSTAKA PENDIDIKAN SDN. BHD.,  penerbit.  Pada  asalnya, penerbit buku teks di Kluang, Johor ini diusahakan oleh dua orang ahli perniagaan buku di daerah Kluang iaitu Teng Kerk Fui dan Koh Yee Cheng pada awal tahun 1963. Sebelum berjaya menubuhkan percetakan sendiri, buku teks terbitan Pustaka Pendidikan dicetak di Singapura.SASTERAInstitusi/Organisasi
BIBLIOGRAFI

Bibliografi ialah senarai buku atau rencana

tentang sesuatu subjek. Bibliografi juga biasa

terdapat di hujung buku teks atau rencana panjang

yang baik. Bibliografi memberi rujukan kepada

pembaca tentang tulisan-tulisan lain yang memberi

maklumat tambahan tentang subjek itu.

UMUM 
MOHAMED LATIFF MOHAMED

MOHAMED LATIFF MOHAMED (1950-      ), penulis Singapura.  Dia lahir pada 20 Mac 1950 di Lorong 23, Geylang, Singapura.  Mohamed Latiff menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Guillemard Road, Singapura.  Dia kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan Sekolah Menengah Kaki Bukit, hingga tamat Sijil Am Pelajaran pada tahun 1967.  Pada tahun 1968, dia melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Singapura hingga tamat pada tahun 1971.  Dia kemudian mengajar di sekolah rendah dan menengah hingga tahun 1982.  Pada tahun 1983, dia bertugas sebagai penulis khas buku teks bahasa Melayu sekolah menengah di Institut Pengembangan Kurikulum Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KESUSASTERAAN

Kesusasteraan dalam pengertian kata yang

luas bermaksud apa-apa sahaja bentuk susunan

kata yang bermakna. Istilah bagi susunan seperti

ini dinamakan teks. Mengikut fahaman ini,

kesusasteraan termasuk buku komik, cerita rakyat,

buku panduan pelancong dan juga novel, drama

dan puisi. Dalam pengertian yang lebih sempit,

mungkin terdapat pelbagai bentuk kesusasteraan.

Kita mungkin memperkatakan kesusasteraan

yang ditulis dalam bahasa yang tertentu seperti

kesusasteraan Perancis atau kesusasteraan dari

sesebuah negara seperti kesusasteraan Amerika.

Kita juga sering memperkatakan kesusasteraan

dari sesuatu zaman, seperti kesusasteraan

Zaman Renaissance. Kita juga mungkin merujuk

kepada kesusasteraan sesuatu perkara seperti

kesusasteraan perkebunan atau kesusasteraan

saintifik.

UMUM 
SASTERA KANAK-KANAK

SASTERA KANAK-KANAK,  bentuk sastera Melayu yang dihasilkan  bagi bahan bacaan kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga 12 tahun.  Penggolongan ini dibahagikan pula kepada kanak-kanak yang tahu membaca, pada peringkat prasekolah (2-6 tahun) dan kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah (6-12 tahun).  Kanak-kanak dalam lingkungan usia ini mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza, pencapaian berbahasa yang tidak sama dan keupayaan yang tidak setara.  Justeru, kanak-kanak pada peringkat prasekolah amat berminat membaca buku sastera kanak-kanak yang banyak ilustrasi dan kurang teksnya.  Sementara kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah pula gemar kepada buku sastera yang bertambah banyak teks dengan ilustrasi yang semakin berkurang.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas