Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan sembilan

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat, 1-Berapa lamakah sesebuah karya itu boleh diterbitkan ? 2-Adakah karya yang gagal diterbitkan akan dipulangkan atau sekadar pemberitahuan sahaja ? 3-Tiadakah bengkel penulisan kreatif pada waktu terdekat ini ?

Tempoh  sesebuah karya itu boleh diterbitkan adalah berbeza antara setiap penerbit. Mengikut piagam pelanggan DBP, karya akan diterbitkan dalam tempoh kurang sembilan bulan selepas manuskrip lengkap diterima terutamanya bagi karya kreatif. Karya yang tidak diluluskan untuk penerbitan akan dipulangkan kepada penulisnya. Untuk mendapatkan makluman tentang bengkel penulisan kreatif anjuran DBP,  sila hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di alamat e-mel  aisah@dbp.gov.my

Lain-lain31.10.2010
salam.... saya berminat untuk menghantar manuskrip pertama saya ... sebelum itu terlebih dahulu saya ingin mengetahui berapa lama kah proses masa yang diambil dari tarikh penerimaan manuskrip sehingga ke penerbitan ... saya ada layari laman web dbp dan melihat ada manuskrip yang sudah lebih setahun dihantar tapi masih lagi didalam status pembinaan . .... soalan kedua ... berapakah purata bayaran royalti yang dikeluarkan olh pihak dbp kepada penulis dan bagaimana dan bila kah bayaran tersebut dikeluarkan ... terimakasih dan saya berharap soalan soalan ini tidak menyinggung pihak dbp ..

Saudara,

             (i) Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima.  

              (ii) Bayaran royalti kepada penulis akan diberi sebanyak 12% untuk buku umum. Bayaran 50% akan dibuat sebaik sahaja buku terbit dan dicetak sepenuhnya mengikut jumlah cetakan yang diluluskan. Selebihnya 50% lagi akan dibayar berdasarkan jualan.   

 

Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. Terima kasih.  

Lain-lain27.08.2010
Assalamualaikum. Di sini terdapat beberapa soalan yang ingin saya tanyakan mengenai salah atau betul penggunaannya. Diharap pihak DBP dapat membantu. 1. hari ini hari (ke-40) ... @ keempat puluh... 2. pada usia (sepuluh) tahun... @ 10 tahun... 3. setiap (10, 15) hari... @ sepuluh, lima belas hari... 4. dia beri Amir (RM 20)... @ dua puluh ringgit... 5. harga sekeping kuih, (40 sen)... @ empat puluh sen... 6. hari (ke-29 April)... @ hari kedua puluh sembilan April.. 7. umurnya (1200) tahun @... seribu dua ratus.. 8. 20 sungai... @ dua puluh 9. siang kelabu dalam gerimis (Enam Mei)..@ 6 Mei... 10. hari ini hari ke dua puluh tiga Jun, musim 1895 @ hari ini 23 Jun, musim 1895. Terima kasih atas perhatian dan bantuan pihak DBP.

Nombor yang kurang daripada sepuluh hendaklah dieja sepenuhnya (kecuali dalam ayat matematik atau teknik), manakala nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka. Cara penulisan yang betul ialah: 1. hari ini hari ke-40; 2. pada usia 10 tahun; 3. setiap 10, 15 hari; 4. dia beri Amir RM20; 5. harga sekeping kuih, 40 sen; 6. hari ke-29 dalam bulan April/29 April; 7. umurnya 1200 tahun; 9. siang kelabu dalam gerimis 6 Mei (tarikh); 10. hari ini hari ke-23 dalam bulan Jun, tahun 1895/hari ini 23 Jun, tahun 1895.

Tatabahasa07.04.2011

Kembali ke atas