Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat air

Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Peperomia pellucidaketumpang airHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba bersaiz kecil dan beraroma dalam famili Piperaceae, dikenali juga sebagai rangu-rangu. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan lembap dan teduh seperti di dalam pasu bunga dan tepi longkang. Batangnya licin, lembut dan mengandungi air. Daunnya kecil dan berbentuk jantung, berwarna hijau muda, licin dan berkilat. Bunganya sangat kecil dan tersusun pada jambak yang panjang dan padat. Buahnya kecil dan bulat. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk menyembuhkan sengal dan lenguh tulang. Cecair pada batang digunakan untuk merawat sakit atau ketegangan pada mata. Daun yang dihancurkan dipupuk di kepala untuk menghilangkan demam dan sakit kepala. Jus daunnya diperah untuk mengubati sakit perut dan demam. Daun dan batangnya mengandungi kariofilena, alkohol, seskuiterpena, eter aromatik dan bahan antibakteria.
perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.
terombaterombaKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud �salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem�. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul.
epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
spaghettispagetiPentadbiran PerniagaanTiadaMi Itali daripada tepung yang dicampur air, berbentuk panjang, bulat dan padat.
groundwood pulppulpa kayu kisarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPulpa yang dihasilkan dengan menggilis kayu bulat pada batu penggilis yang berputar di dalam air yang mengalir. Air menyejukkan dan melicinkan batu penggilis, dan juga membawa gentian yang terasing ke bahagian pengumpulan. Penggilisan ini menghasilkan gentian atau kumpulan gentian yang terasing, tetapi tidak berubah kandungan kimianya. Pulpa jenis ini banyak digunakan untuk menghasilkan kertas surat khabar. Peratusan perolehan pulpa adalah tinggi, iaitu antara 90 hingga 95 peratus.
ball and burlappedbulat dan bungkusPertanianAgroteknologiBahagian akar pokok yang dibentuk menjadi bulat dan kemudiannya dibungkus bagi tujuan memudahkan pemindahan pokok yang besar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Apabila sesuatu pokok selesai digali, akarnya perlu dicantas kira-kira 1 meter daripada pangkal pokok. Tanah di sekeliling akar dibiarkan melekat pada pokok dan seluruh pokok bersama-sama tanah kemudiannya dikeluarkan. Bahagian pangkal akar perlu dibalut dan diikat dengan menggunakan bahan seperti guni. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kehilangan air daripada bahagian pangkal pokok tersebut. Pokok ini kemudiannya boleh dipindahkan ke kawasan yang baharu.
coveteluk kecilSains MarinTiadaSaluran air masuk pantai yang mempunyai pintu air masuk sempit, terlindung dan terhad. Teluk kecil sering berbentuk bulat atau bujur dan terletak dalam teluk yang lebih besar.
circular air levelpengaras udara bulatKomunikasi MassaTiadaTiada
air portmagun udaraKejuruteraanTiadaTingkap kaca berengsel, selalunya berbentuk bulat, di tepi kapal atau di rumah geladak untuk mendapat cahaya dan alih udara.
12345

Kembali ke atas