Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.li] | بولي

Definisi : 1. perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dgn suasana yg baru; 2. = membuli mempermain-mainkan orang, biasanya orang yg lemah, dgn tujuan utk menggertak, mencederakan, menakutkan dsb orang yg berkenaan;pembuli orang yg membuli orang lain: mahkamah telah menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara ke atas seorang kontraktor yg menjadi ~ di jalan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.li] | بولي

Definisi : I perbuatan mempermainkan, mendera dsb seseorang utk mendapatkan keseronokan, supaya orang tsb dpt menyesuaikan diri dgn suasana yg baru dsb. membuli mempermainkan, mendera dsb seseorang dgn tujuan utk mendapatkan keseronokan, supaya orang tsb dpt menyesuaikan diri dgn suasana yg baru dsb: Mereka dilarang ~ pelajar-pelajar baru. pembuli orang yg membuli: ~ itu telah diberi amaran oleh Guru Besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.li] | بولي

Definisi : ; buli-buli 1 botol kecil. 2 bahagian tubuh manusia dsb yg menggelembung dan berisi sesuatu. ~ jangka suhu bahagian jangka suhu yg menggelembung dan biasanya berisi raksa. ~ kencing pundi-pundi dlm tubuh yg berisi air kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah definisi 'pembulian siber' atau cyberbullying dari sudut DBP? 2. Bagaimanakah istilah pembulian siber dibuat? 3. Adakah siber buli, buli siber dan buli secara maya boleh diguna pakai dalam penulisan? Terima kasih.Buli siber merupakan perbuatan menghantar mesej dan imej menerusi telefon pintar atau komputer melalui aplikasi media sosial dengan tujuan untuk bermusuh dan ugutan.Pembentukan istilah bagi buli siber adalah berdasarkan kaedah penyerapan dengan penyesuaian ejaan.Penggunaan perkataan 'maya' lazimnya dipadankan dengan istilah 'virtual'.Istilah04.08.2022
Adakah keasalahan dalam perenggan ini? Apakah itu buli.Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,buli didefinisikan sebagai menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan.Sejak kebelakangan ini,kes buli meningkat secara merabak dan dapat diperlihatkan pada dada akhbar.Isu buli turut mendapat perhatian media massa dan menjadi buah mulut masyarakat.Isu buli juga membimbangkan ibu bapa dan kerajaan.Umumnya mengapakah isu buli semakin meningkat dan apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja terjebak dalam isu ini?Apakah itu buli? Menurut Kamus Dewan, buli didefinisikan sebagai menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan. Sejak kebelakangan ini, kes buli semakin meningkat. Isu buli turut mendapat perhatian media massa dan menjadi buah mulut masyarakat. Isu buli juga membimbangkan ibu bapa dan kerajaan. Umumnya mengapakah isu buli semakin meningkat dan apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja terjebak dalam isu ini?
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my) dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
buli sifar atau sifar buli? Jika merujuk hukum DM, buli sifar kan?Frasa yang betul ialah "buli sifar".Tatabahasa27.09.2020
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Umumnya,kebanyakkan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir.Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini.Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain.Perbuatan ini bertujuan menakutkan pelajar yang lebih lemah supaya mereka tidak dibuli lagi.Selain itu,terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat pelajar gangster untuk membuli pembuli tersebut.Lama-kelamaan,mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.Kebanyakan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir. Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini. Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain. Selain itu, terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat dengan rakan lain untuk membuli pembuli tersebut. Lama-kelamaan, mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Tuan, A. Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Isu buli hangat diperdebatkan di media massa. 2. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. B. Apakah penjodoh bilangan untuk 'jam tangan'? seutas jam tangan atau sebuah jam tangan. Terima kasih. Cik Ong1. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa.

2. Seutas jam tangan. 
Tatabahasa10.04.2017
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Kesimpulannya,terdapat banyak faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli.Faktor-faktor ini mudah mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara negatif ini.Oleh itu,ibu bapa perlu sentiasa mengawasi gerak-beri anak mereka supaya mereka tidak terlibat dalam kes buli.Selain ibu bapa,pihak lain seperti kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) juga perlu melibatkan diri dalam usaha membanteras kes buli.Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli. Faktor-faktor ini mudah mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara negatif ini. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengawasi gerak-geri anak mereka supaya mereka tidak terlibat dalam kes buli. Selain ibu bapa, pihak lain seperti kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu melibatkan diri dalam usaha membanteras kes buli.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Assalamualaikum, Saya sedang membuat penyelidikan berkenaan 'Cyberbullying in Malaysia'. Persoalan saya: 1) Apakah istilah yang digunapakai oleh DBP dalam mendefinisikan 'cyberbullying' di negara kita? 2) Berdasarkan faktor apakah, definisi atau istilah tersebut dibuat oleh DBP dalam menterjemahkan 'cyberbullying'? 3) Selain daripada siber buli dan buli lisan, adakah DBP mempunyai istilah -istilah yang lain bagi mendefinisikan/menterjermahkan 'cyberbullying'? Terima kasih.

1)    Istilah yang digunakan ialah “pembulian siber”

2)    Istilah tersebut digubal oleh Jawatankuasa Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

3)    Sehingga kini ini, tiada istilah baharu yang merujuk kepada “cyberbullying”. Namun terdapat istilah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan iaitu “hasut maya” atau troll.

Lain-lain27.02.2022
Selain isu buli,seminar itu turut membincangkan tentang masalah pengangguran yang semakin meningkat.Mohon pembetulanSelain isu buli, seminar itu turut membincangkan masalah pengangguran yang semakin meningkat.Tatabahasa06.06.2015
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan"

Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut:

melonjak:  1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa12.10.2019
tuan, apakah terjemahan perkataan berikut: 1. verbal bully 2. cyberbullying 3. analytical thinkingUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "verbal bullying" dan "cyberbullying" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah buli lisan dan buli siber. Istilah bahasa Melayu untuk "analytical thinking" ialah pemikiran analitis.Istilah01.05.2014
12

Kembali ke atas