Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh] | بولوه

Definisi : sj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.luh] | بولوه

Definisi : pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya keras tetapi berlubang di tengah-tengahnya dan beruas. ~ akar buluh yg agak besar batangnya, Dendrocalamus pendulus. ~ betung buluh yg agak besar lagi tebal batangnya, Dendrocalamus asper. ~ cina buluh yg kecil dan biasanya dibuat pagar, Bambusa nana. ~ dekut seruling drpd buluh yg digunakan utk memikat burung. ~ duri buluh yg berduri. ~ gading buluh yg batang dan daunnya berwarna kuning, Bambusa vulgaris. ~ lemang (talang) buluh yg tipis kulitnya dan biasanya digunakan sbg bekas memasak lemang. ~ perindu a. buluh kecil yg menimbulkan bunyi yg merdu apabila ditiup angin, Bambusa magica. b. seruling drpd buluh. pembuluh sesuatu yg menyerupai buluh bentuknya (berongga dan bulat spt paip air): ~ darah urat yg menyalurkan darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Diperbuat daripada buluh ‘Sumbiling’ dan rotan untuk menyimpan hasil pertanian dan sebagainya Made from ‘Sumbiling’ and rattan for storing agricultural products and others soalan: Adakah ayat diatas betul atau salah. soalan: Buluh dalam bahasa English soalan : Perbezaan antara penggunaan perkataan Bambu dan Buluh ( Buluh dlm BI Bamboo / Bambu dlm BI juga Bamboo - mana satu yang boleh diguna pakai. Merujuk pada perkatan Buluh adalah sejenis tumbuhan berbatang kecil dan nipis seperti Buluh perindu dsbg..Ayat yang diberikan, iaitu "Diperbuat daripada buluh sumbiling dan rotan untuk menyimpan hasil pertanian dan sebagainya" adalah betul. Kedua-dua perkataan, iaitu buluh dan bambu boleh digunakan untuk padanan perkataan bahasa Inggeris "bamboo".Istilah10.10.2012
Mohon semakan tatabahasa ayat berikut: Sumpit adalah senjata memburu utama masyarakat Orang asli yang diperbuat daripada buluh beruas panjang. Buluh Sewor atau buluh sumpitan yang nama saintifiknya Bambusa wrayi digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa wrayi bersempena nama Kurator Muzium Perak iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies ini pada tahun 1893. Buluh ini dijumpai di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran daerah Selama, Perak.Ayat yang betul ialah Sumpit merupakan senjata utama untuk memburu oleh masyarakat orang asli. Sumpit diperbuat daripada buluh yang beruas panjang. Buluh Sewor atau Buluh Sumpitan (nama saintifiknya Bambusa Wray) digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas yang panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa Wray bersempena dengan nama Kurator Muzium Perak, iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies buluh ini di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran dengan Daerah Selama, Perak pada tahun 1893. Tatabahasa18.03.2021
Adakah bulu perindu sama dengan buluh perindu?

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) memberikan definisi "buluh perindu" sebagai:
1.  sejenis tumbuhan(buluh), Bambusa magica; seruling
2.  bunyi-bunyian yang dibuat daripada buluh yang mengeluarkan bunyi dengan sendirinya apabila ditiup angin
3.  buluh kecil yang menimbulkan bunyi yang merdu apabila ditiup angin

Frasa "bulu perindu" tidak ada dalam PRPM.

Istilah20.11.2013
Buluh boleh diproses menjadi perabot. Ayat ini boleh menggunakan perkataan "diproses"?

 Puan Gina, terima kasifh kerana menghubungi KNBDBP.

Melihat kepada pengertian yang diberikan dalam kamus ini, maka perkataan proses boleh digunakan - prosés)  2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; mengolah bahan mentah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: TETAPI perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat ini ialah direkabentuk atau terus dijadikan perabut.

Istilah28.02.2009
Salam sejahtera, 1. Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. 2. Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh. Ayat di atas yang manakah betul. Terima kasih....Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh.Tatabahasa02.09.2013
Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. bolehkah terangkan penggunaan daripada..... kalau ayat "tikar diperbuat daripada buluh" memang betul, kenapa kita tidak boleh gunakan " Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh". boleh terangkan penggunaan dengan dan daripada. sekian terima kasih.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 
i. membawa maksud bersama-sama atau berserta (Ayah pergi ke pekan dengan ibu.)  
ii. membawa maksud cara sesuatu dilakukan (Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.) 
iii. membawa maksud memakai atau menggunakan (Ani melukis potret itu dengan cat air.)
iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama (Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.)

Tatabahasa04.09.2013
Salam Sejahtera. 1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. 2. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. 3. Melentur biarlah waktu rebung. No 1 banyak digunakan oleh masyarakat. Tapi kamus menyatakan yang tepatnya no 3. Mohon penjelasan.Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu tercatat peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Jika peribahasa "Melentur buluh biarlah dari/daripada rebungnya" tercatat dalam mana-mana sumber yang sah seperti buku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh diterima pakai khususnya untuk tujuan peperiksaan.Tatabahasa08.01.2017
"melentur buluh biarlah dari rebungnya" atau "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" yang mana satu betul? kena menggunakan dari atau daripada?Peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah “Melentur biarlah waktu rebung”. Walau bagaimanapun, jika dari segi tatabahasa, penggunaan yang betul ialah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.Tatabahasa20.12.2021
Melentur buluh biarlah "dari" rebungnya atau "daripada" rebungnya. ...sebab ada yg kata tidak boleh diubah dan mesti ikut yang asal..sedangkan kalau ikut tatabahasa. ..daripada....mohon penjelasan...tqPeribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung".Lain-lain21.05.2013
'melentur buluh biarlah dari rebung' 1. adakah peribahasa di atas diterima DBP & Lembaga Peperiksaan? (tak dapat dikesan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4: yang ada hanyalah 'melentur biarlah waktu rebung') 2. Jika diterima, adakah penggunaan 'dari' dalam peribahasa itu betul?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu merakamkan peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Untuk tujuan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa19.10.2011
123456

Kembali ke atas