Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh] | بولوه

Definisi : sj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.luh] | بولوه

Definisi : pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya keras tetapi berlubang di tengah-tengahnya dan beruas. ~ akar buluh yg agak besar batangnya, Dendrocalamus pendulus. ~ betung buluh yg agak besar lagi tebal batangnya, Dendrocalamus asper. ~ cina buluh yg kecil dan biasanya dibuat pagar, Bambusa nana. ~ dekut seruling drpd buluh yg digunakan utk memikat burung. ~ duri buluh yg berduri. ~ gading buluh yg batang dan daunnya berwarna kuning, Bambusa vulgaris. ~ lemang (talang) buluh yg tipis kulitnya dan biasanya digunakan sbg bekas memasak lemang. ~ perindu a. buluh kecil yg menimbulkan bunyi yg merdu apabila ditiup angin, Bambusa magica. b. seruling drpd buluh. pembuluh sesuatu yg menyerupai buluh bentuknya (berongga dan bulat spt paip air): ~ darah urat yg menyalurkan darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
membuluhmembuluhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Pellacalyx daripada famili Rhizophoraceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah buluh-buluh dan membuluh bulu. Spesies utamanya termasuk Pellacalyx axillaris dan P. saccardianus . Gubal kayu membuluh sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kekuningan. Ira kayu ini lurus atau bersimpul, dan tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mempunyai tisu ruji yang lebar. Kayu ini mempunyai ketumpatan keringan udara 545 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat.
mata kelimata keliPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Gynotroches axillaris daripada famili Rhizophoraceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah buluh-buluh dan membuluh. Gubal kayu mata keli sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai sel ruji yang lebar, dengan ira yang lurus atau bersimpul.
sarunesaruneMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan pelidah. Sarune diperbuat daripada buluh yang agak pendek dengan empat lubang jari. Alat muzik ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu buluh kecil pendek dan buluh besar. Buluh kecil pendek mempunyai sekeping pelidah yang dipotong daripada permukaan buluh kecil pada sisinya. Batang padi juga boleh digunakan untuk menggantikan buluh pendek tersebut. Buluh kecil dengan pelidah kemudiannya dimasukkan ke dalam buluh yang lebih besar dan ditiup pada pangkalnya untuk menghasilkan melodi. Kadangkala dua sarune dipasang secara berkembar untuk menguatkan bunyi. Sarune berkembar ini dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Alat muzik ini menghasil­kan melodi dalam ensembel caklempong oleh suku kaum Minangkabau di Sumatera, Indonesia dan di Negeri Sembilan, Malaysia.

buluh colekbuluh colekKesenianTiadaAlat tenun halus daripada buluh, dawai, tembaga dan lain-lain yang hujungnya bercangkuk untuk mengait benang lungsin semasa proses menyampak.
seruas buluhseruas buluhKerisTiadaRuas buluh yang digunakan untuk menampung air kelapa bagi merendam mala keris yang berkarat.
gambang buluh (Mal)gambang buluhKesenianTiadaGambang daripada buluh.
kertuk buluh (Mal)kertuk buluhKesenianTiadaKertuk yang diperbuat daripada buluh berpipa.
kecapi buluh (Mal)kecapi buluhKesenianTiadaAlat tali tradisional yang dipetik diperbuat daripada buluh.
pahat daun buluhpahat daun buluhKesenianTiadaPahat yang bermata melengkung digunakan untuk mengukir lipatan daun. Sinonim: pahat melengkung, pahat senduk.
tong-tong buluh (Mal)tong-tong buluhKesenianTiadaAlat muzik daripada buluh kaum orang asli.
12345678910...

Kembali ke atas