Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dsb yg menahan hujan dan cahaya matahari drpd masuk ke dlm, atap; ~ limas bumbung yg berbentuk piramid; harga ~ (Eko) harga maksimum sesuatu barangan yg ditetapkan oleh pihak berkuasa; kuda-kuda ~ kayu penyangga balak bumbungan; tulang ~ balak yg memanjang di puncak rumah;membumbung naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : tabung (buluh), pembuluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : , = bumbungan 1 bahagian rumah yg di atas sekali; kemuncak rumah: ~ rumah di sana kebanyakannya rata saja. 2 = tulang ~ kayu yg dipasang memanjang pd kemuncak rumah utk menyangga kasau. 3 atap rumah. membumbung naik ke atas; terbang ke atas; naik tinggi-tinggi: Dr jauh kelihatan asap ~ dr serombong kapal yg sedang belayar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumbung

Puisi
 

Rumah siapa lentik bumbung,
     Rumah Cik Putih jual padi;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang abang nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
BumbungDarma MohamadDewan Sastera1 May 1997
Bumbung buka/tutupTiadaDewan Siswa1 September 1987
Masjid bumbung berlapisN. A. HalimDewan Budaya1 July 1990
Dinding dan bumbungAbizaiJendela Sarawak1 December 2007
Sebuah kampung, satu bumbungShafie AhmadDewan Siswa1 June 1990
Ekspedisi nekad ke bumbung duniaArshad RawianDewan Siswa1 August 1986
Perkahwinan Di Hujung Runcing Bumbung ZinkRoslan JomelDewan Sastera1 January 2008
Air Yang Jatuh Dari BumbungMuhammad Ariff YaakobMajalah Filem1 June 1976
Ada Bulan Tergantung di Atas Bumbung RumahmuAbdul Malek Haji BeduDewan Sastera1 August 1998
Kota Francais mengumpul francaisi di bawah satu bumbungTiadaDewan Ekonomi1 April 1998

Kembali ke atas