Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dsb yg menahan hujan dan cahaya matahari drpd masuk ke dlm, atap; ~ limas bumbung yg berbentuk piramid; harga ~ (Eko) harga maksimum sesuatu barangan yg ditetapkan oleh pihak berkuasa; kuda-kuda ~ kayu penyangga balak bumbungan; tulang ~ balak yg memanjang di puncak rumah;membumbung naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : tabung (buluh), pembuluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : , = bumbungan 1 bahagian rumah yg di atas sekali; kemuncak rumah: ~ rumah di sana kebanyakannya rata saja. 2 = tulang ~ kayu yg dipasang memanjang pd kemuncak rumah utk menyangga kasau. 3 atap rumah. membumbung naik ke atas; terbang ke atas; naik tinggi-tinggi: Dr jauh kelihatan asap ~ dr serombong kapal yg sedang belayar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumbung

Puisi
 

Rumah siapa lentik bumbung,
     Rumah Cik Putih jual padi;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang abang nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Bolehkah ' bumbung' menggunakan kata kerja'membaiki'? Terima kasih.Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Ayat ini betul, bumbung menjadi objek kepada kerja membaiki.Tatabahasa14.08.2014
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran adalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan.Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan mempunyai bumbung atau sebaliknya. Kami mencadangkan bagi kawasan mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung.Makna09.05.2019
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran dalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan.Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan sama ada mempunyai bumbung ataupun tidak. Kami mencadangkan bagi kawasan yang mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna.Makna09.05.2019
Penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung rumah Pak Cik Ahmad. Adakah frasa kerja membaiki bumbung betul? Terima kasih.Frasa "membaiki bumbung" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa14.08.2014
Salam sejahtera. 1. Pencuri itu memanjat di atas bumbung sebuah rumah. 2. Pencuri itu memanjat bumbung di atas sebuah rumah. Ayat mana satu yang betul?Ayat yang lebih gramatis ialah Pencuri itu memanjat bumbung sebuah rumah. Tatabahasa30.03.2017
Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih.Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadi. Tatabahasa17.07.2011
1.Pokok itu telah tumbang dan ........bumbung rumah Ali. A.terkena B. mengenai A atau B yg lebih tepat. TqPerkataan yang betul dalam ayat yang diberikan ialah, terkena kerana membawa maksud tersentuh pada.Tatabahasa14.05.2019
Adakah penggunaan kata bahasa yang betul PEKERJA BINAAN MAHIR 1 Pemasang Konkrit Pratuang 2 Pemasang Sistem Acuan 3 Pemasang Sistem Blok 4 Pemasang Kekuda Bumbung 5 Jurulepa 6 Pemasang jubin 7 Penerap Bata 8 Jurubengkok Besi Tetulang 9 Tukang Kayu 10 Tukang Konkrit 11 Pemasang Dinding 12 Pemasang Siling 13 Tukang Cat 14 Operator Jentera 15 Pemasang Perencah 16 Operator Kren 17 Juruambin dan Jurutali 18 Tukang Paip 19 Penjaga Jentera 20 Penyambung Kabel 21 Pendawai 22 Jurukimpal 23 Jurugegas Petrokimia 24 Jurubagas & Jurucat 25 Juru Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal 26 Penyiasat Tanah?Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk kami memastikan sama ada padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan istilah yang diberikan tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah22.11.2016
Saya ingin bertanyakan penggunaan perkataan 'dari' dan 'daripada'. Saya menghadapi beberapa keraguan semasa menggunakan perkataan-perkataan di atas. Soalan 1: Jauhkan ubat nyamuk ______ langsir. Soalan 2: Dia terjatuh ________ basikalnya. Soalan 3: Ali terjatuh ________ bumbung semasa membaiki tangki rumahnya. Soalan 4: Dia melompat keluar ________ kereta itu apabila penculiknya menghentikan kereta di simpang jalan. Bolehkan tuan/ puan berikan jawapan yang sepatutnya diisi dan terangkan sebabnya. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan. Terima kasih.Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk tujuan tersebut.Tatabahasa31.03.2010
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan tangguh kerja anda. 2. Ibu bapa menjadi teladan kepada anak. 3. Wanita itu membeli sepasang telekung yang baharu. 4. Air tasik itu sangat tenang. 5. Kucing ini terjun dari bumbung rumah. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan adalah betul. Ayat pertama misalnya, betul dan lazimnya digunakan dalam ayat perintah.Tatabahasa28.09.2012
123

Kembali ke atas