Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dsb yg menahan hujan dan cahaya matahari drpd masuk ke dlm, atap; ~ limas bumbung yg berbentuk piramid; harga ~ (Eko) harga maksimum sesuatu barangan yg ditetapkan oleh pihak berkuasa; kuda-kuda ~ kayu penyangga balak bumbungan; tulang ~ balak yg memanjang di puncak rumah;membumbung naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : tabung (buluh), pembuluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : , = bumbungan 1 bahagian rumah yg di atas sekali; kemuncak rumah: ~ rumah di sana kebanyakannya rata saja. 2 = tulang ~ kayu yg dipasang memanjang pd kemuncak rumah utk menyangga kasau. 3 atap rumah. membumbung naik ke atas; terbang ke atas; naik tinggi-tinggi: Dr jauh kelihatan asap ~ dr serombong kapal yg sedang belayar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumbung

Puisi
 

Rumah siapa lentik bumbung,
     Rumah Cik Putih jual padi;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang abang nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bangkawan Mrpenjodoh bilangan untuk atap.Walaupun telah dibuka tiga bangkawan atap dari bumbung rumah untuk dijadikan alas tempat haiwan yang akan dikorbankan.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bundu Bsbinjai.Akhirnya burung itu hinggap di dahan pokok bundu. Apabila dahan tersebut dihinggapi oleh burung itu, ia patah dan menghempap bumbung di mana burung itu selalu hinggap.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bakayawa Irbambu.Andainya yang lahir dulu ialah anak lelaki, sudah tentu secara senyap-senyap Datu Ampuh akan naik ke atas loteng dan terus memukul tiang bumbung rumah dengan bakayawa (sembilu yang besar), sebanyak tiga kali sambil bertempik sebanyak tiga kali juga.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
singut Iblebah.Pada suatu ketika, sedang Radin dan anak buahnya tekun membina rumah panjang baru ini, lebah jenis singut tiba-tiba hinggap di kedua-dua belah hujung tulang bumbung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas