Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dsb yg menahan hujan dan cahaya matahari drpd masuk ke dlm, atap; ~ limas bumbung yg berbentuk piramid; harga ~ (Eko) harga maksimum sesuatu barangan yg ditetapkan oleh pihak berkuasa; kuda-kuda ~ kayu penyangga balak bumbungan; tulang ~ balak yg memanjang di puncak rumah;membumbung naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : tabung (buluh), pembuluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bung] | بومبوڠ

Definisi : , = bumbungan 1 bahagian rumah yg di atas sekali; kemuncak rumah: ~ rumah di sana kebanyakannya rata saja. 2 = tulang ~ kayu yg dipasang memanjang pd kemuncak rumah utk menyangga kasau. 3 atap rumah. membumbung naik ke atas; terbang ke atas; naik tinggi-tinggi: Dr jauh kelihatan asap ~ dr serombong kapal yg sedang belayar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumbung

Puisi
 

Rumah siapa lentik bumbung,
     Rumah Cik Putih jual padi;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang abang nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
roofbumbungKesenianSeni BinaBahagian atas sebelah luar rumah atau bangunan yang berfungsi untuk menahan hujan dan cahaya matahari daripada memasuki bahagian dalam bangunan. Bentuk bumbung terdapat dalam pelbagai jenis seperti bumbung tebar layar, bumbung sesekat dan bumbung pelana.
rafterkasauKesenianSeni BinaAnggota penyokong bumbung yang berada di bawah kerangka bumbung, dipasang mengikut kecerunan bumbung dan merentang dari puncak bumbung sehingga ke bahagian cucur atap.
rafterkasauKejuruteraanTiadaAnggota penyokong bumbung yang berada betul-betul di bawah bahan bumbung, terpasang mengikut cerun bumbung dan merentangi daripada puncak bumbung sehingga ke cucur atap.
saddle roofbumbung pelanaKesenianSeni BinaBumbung berperabung yang menghubungkan dua bumbung cerun yang bersambung dengannya pada sudut 90�. Reka bentuk bumbung ini seakan-akan pelana.
roof lightterowong bumbungKesenianSeni BinaSaluran yang membawa cahaya luar masuk ke dalam sesuatu ruang dengan menggunakan gelung anjal atau tiub. Terowong bumbung berbeza dengan jendela bumbung yang membawa masuk cahaya dari luar melalui bukaan panel kaca atau plastik jenis akrilik pada permukaan bumbung.
baffle roofbumbung sesekatKesenianSeni BinaBumbung yang diperbuat daripada kepingan lelangit yang menyendeng selari dengan kecerunan bumbung bagi membentuk ruang udara. Ia bertujuan untuk menghasilkan ruang pengudaraan bagi mengeluarkan udara panas yang terhasil daripada aliran bahang panas matahari yang masuk melalui bumbung. Binaan tersebut dapat mengurangkan peningkatan suhu udara pada ruang di bawah bumbung.
Mansard roofbumbung MansardKesenianSeni BinaBumbung bercuram dua, dengan bahagian rendah yang mempunyai curam tajam dan bahagian atas yang pendek dan hampir leper. Bumbung ini direka bentuk supaya boleh mewujudkan satu ruang dengan ketinggian yang boleh didiami. Bumbung ini dinamai sempena nama seorang arkitek Perancis pada Zaman Renaisans, iaitu Francios Mansard.
shed roofbumbung bangsalKejuruteraanKejuruteraan BangunanBumbung limas yang bentuknya seperti bumbung pisang sesikat.
gabel roofbumbung gabelKejuruteraanKejuruteraan BangunanBumbung yang terbentuk daripada dua satah bumbung yang mempunyai sudut kecuraman yang berbeza pada setiap puncak.
Mansard roofbumbung MansardKejuruteraanKejuruteraan BangunanBumbung limas yang saling bertindih. Bahagian bawah bumbung ini lebih curam daripada bahagian atas.
12345678910...

Kembali ke atas