Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga

Puisi
 

Duduk berniaga di Kampung Cina,
     Buat sempadan Datuk Penghulu;
Jangan harap pada bunga,
     Bunga tidak kembang selalu.


Lihat selanjutnya...(391)
Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bakau kering[bA.kAw k«.ÄiN] sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan seperti jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga digoreng kering, ditumbuk dan dimasukkan ke dalam adunan tepung, telur, gula dan santan lalu diencap. Kemudian dimasukkan dalam acuan dan dibakar; bakau berempas.   
bakau berempas[bA.kAw b«.Ä«m.pAs] sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan seperti jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga digoreng kering, ditumbuk dan dimasukkan ke dalam adunan tepung, telur, gula dan santan lalu diencap. Kemudian dimasukkan dalam acuan dan dibakar; bakau kering.   
bunga kelawau[bu.NA k«.lA.wAw] lubang-lubang udara yang berukiran tertentu yang dibuat pada tebar layar, bahagian atas pintu atau tingkap, dan sebagainya. Lubang ini berfungsi untuk tujuan pencahayaan kerana cahaya matahari boleh menembusinya dan juga bagi tujuan pengudaraan.Wah, cantek betol bunga kelawau kat timba layau kau ni![wAh tSAn.te/ b«.tol bu.NA k«.lA.wAw kAt tim.bA lA.jAw kAw ni]Wah, cantik betul ukiran bunga kelawar pada tebar layar engkau ini!
ketam bunga[k«.tAm bu.N«] sejenis alat yang digunakan untuk membuat alur pada kepingan papan.Kau jangan lupe ketam papan tu pakai ketam bunge, baru ade alo.[kAw dZA.NAn lu.p« k«.tAm pA.pAn tu pA.kAj k«.tAm bu.N« bA.Äu A.d« A.lo]Engkau jangan lupa ketam papan itu dengan ketam bunga, baru ada alur.
dilakikan[di.lA.ki.kAn]kata adjektifberkenaan dengan tanam-tanaman seperti pokok bunga dan sayur-sayuran yang dirosakkan oleh haiwan.Penat aje aku tanam, abes pokok bunge aku dilakikan ayam.[]Penat sahaja aku tanam, habis pokok bunga aku dirosakkan oleh ayam.
guntas[gun.tAs]kata kerjaperbuatan meragut bahagian pucuk daun atau bunga oleh haiwan atau manusia.Abes sapan pokok bunge aku baru nak tumbuh kene guntas kambeng.[A.bes sA.pAn po.ko/ bu.N« A.ku bA.Äu nA/ nA/ tum.buh k«.n« gun.tAs kAm.beN]Habis rosak pokok bunga aku baru hendak tumbuh diragut oleh kambing bahagian pucuknya.
honggoh[hoN.goh]kata kerjamenggoyang-goyangkan sesuatu.Jangan le honggoh pokok bunge tu, patah nanti.[dZA.NAn l« hoN.goh po.ko/ bu.N« tu pA.tAh nAn.ti]Janganlah menggoyang-goyang pokok bunga itu, patah nanti.
penanggah[p«.nAN.gAh]kata nama1. orang yang membantu melayan tetamu dalam kenduri kahwin.Semue penanggah kite beri kue dan bunge telo.[s«.mu.w« p«.nAN.gAh ki.t« b«.Äi kue dAn bu.N« t«.lo]Semua penanggah kita beri kuih dan bunga telur.
kendarat[k«n.dA.ÄAt]kata namakumpulan petugas wanita yang menghidang, mengatur dan menjaga makanan dan minuman serta memberikan bunga telur kepada jemputan.Masa majeles nanti kendarat pakai le baju seragam.[mA.sA mA.j«les nAn.ti k«n.dA.ÄAt pA.kAj l« bA.dZu s«.ÄA.gAm]Masa majlis nanti kendarat pakailah baju seragam

Kembali ke atas