Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nga] | بوڠا

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah: Jangan dipetik ~ itu. 2 gambar atau lukisan sbg perhiasan pd kain dsb: Kain batik ini cantik sungguh ~nya. 3 = ~ wang wang yg diperoleh kerana meminjamkan wang atau kerana memberikan modal; keuntungan drpd modal; faedah: Pinjaman itu telah dikenakan ~ sebanyak lima peratus. 4 ki sesuatu yg dianggap cantik atau menarik: Saodah merupakan ~ yg sedang mekar di kampung itu. 5 tanda atau alamat bermulanya sesuatu: Sudah tampak ~nya bahawa peperangan akan meletus di daerah itu. 6 corak yg timbul pd bahagian luar tayar (utk mencengkam jalan dsb); corak yg timbul pd getah keping (utk mempercepat proses pengeringan): ~ tayar. ~ api a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. ~ bahasa kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. ~ bibir a. kata-kata yg manis. b. sesuatu yg selalu dipercakapkan orang. ~ karang sj tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd batu karang. ~ kertas a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. ~ kuku bahagian kuku yg keputih-putihan pd pangkal kuku. ~ lagu kata-kata dlm lagu, biasanya yg terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu. ~ lawang a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. ~ mas a. bunga hiasan yg dibuat drpd mas. b. ufti dlm bentuk bunga yg dibuat drpd mas. ~ melur (pekan) nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Jasminum grandiflorum. ~ pamor corak pamor pd bilah keris yg berpamor. ~ pecah periuk a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. ~ rampai campuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya. ~ raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur. ~ raya dadu nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih pd waktu pagi dan berubah menjadi merah pd waktu tengah hari), Hibiscus mutabilis. ~ serunai nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna kuning), Weldelia biflora. ~ tanah lapisan tanah yg di atas sekali serta subur pula. ~ tanjung nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. ~ telur telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. bunga-bungaan 1 berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2 bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. berbunga 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. membunga 1 menyerupai bunga bentuknya. 2 membuat corak yg berjalur-jalur pd getah keping dgn menggunakan mesin getah. 3 melarik gambar bunga pd sesuatu yg ditukangi. membungai 1 menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2 menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3 memberikan atau membayar bunga wang. membungakan meminjamkan wang dgn mengenakan bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga

Puisi
 

Duduk berniaga di Kampung Cina,
     Buat sempadan Datuk Penghulu;
Jangan harap pada bunga,
     Bunga tidak kembang selalu.


Lihat selanjutnya...(391)
Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bunga yang harum/bunga-bunga yang harumFrasa 'bunga yang harum' atau 'bunga-bunga yang harum', kedua-duanya betul.Tatabahasa12.04.2011
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia.Adakah perkataan / frasa ini tergolong sebagai kata nama khas, katanama am atau kata majmuk.Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas.Tatabahasa18.05.2008
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya. Nama-nama jenis sulaman seperti sulaman bunga carnation, bunga sakura, bunga lavender atau bunga kekwa, adakah perlu ditulis dalam huruf besar nama bunga-bunga tersebut?Huruf kecilEjaan19.09.2017
Selamat sejahtera. Saya ingin tanya tentang perbezaan penjodoh bilangan bagi bunga. (sejambak, setangkai, sekuntum dan sejambangan) Sekian terima kasih.Lihat kepada keaadan bunga tersebut, sekuntum bunga bermaksud satu bahagian bunga, setangkai bunga bermaksud bunga dan tangkainya, sejambak bunga bermaksud satu karangan atau satu berkas bunga dan sejambangan bunga ialah bunga dan pasunya sekali.Tatabahasa15.08.2014
Dalam keadaan bagaimanakah, Bunga Raya dikenali kata nama khas dan keadaan yang bagaimana pula dikenali sebagai kata nama am? Menurut keputusan carian di halaman web DBP, terdapat jawapan berikut: "Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas."-18.05.2008 "Dalam konteks kata nama am, dieja bunga raya dan bunga kebangsaan."-13.05.2011 soalan"Bunga Raya ataun bunga raya?" jawapan" bunga raya"-02.04.2011 soalan"bunga raya atau Bunga Raya" jawapan" Bunga Raya"-28.04.2011Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah bunga raya sama seperti bunga ros, teratai dan orkid. Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. Kami mohon maaf atas kesilapan jawapan tersebut.Ejaan10.10.2012
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan.1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 
2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat.
3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul
4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan.
5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul
Tatabahasa08.08.2012
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Bunga raya Bunga Kebangsaan. 2. Bunga raya ialah Bunga Kebangsaan. Boleh berikan penjelasan mengapa kita perlu letak "ialah" sekiranya ayat 2 sahaja yang betul? Terima kasih.Salam sejahtera,

Ayat yang betul: Bunga raya ialah bunga kebangsaan.

"Ialah" merupakan kata pemeri yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.10.2018
bunga raya adakah dieja dengan Bunga Raya atau bunga raya?begitu juga dengan Bunga Kebangsaan atau bunga kebangsaan?Dalam konteks kata nama am,  dieja bunga raya dan bunga kebangsaan.Tatabahasa13.05.2011
MANA PERKATAAN YANG BETUL BUNGA TELUR ATAU TELUR BUNGA ( HUKUM DM)Frasa yang betul ialah bunga telur, bunga yang diterangkan dan telur yang menerangkan jenis bunga tersebut.Tatabahasa04.10.2011
Adakah bunga raya, bunga matahari dan jenis bunga yang lain merupakan kata nama am?Salam Sejahtera,

Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa08.01.2020
12345678910...

Kembali ke atas