Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) nyala api yg berterbangan (meloncat); b) = kembang ~ sj mercun yg mengeluarkan api yg merupakan bunga (lukisan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga api

Puisi
 

Sapu tangan bersangkut mata,
     Takut besi dimakan api;
Bunga di tangan apa disuka,
     Luka di hati dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bagaimana hendak membezakan antara "spark" dengan "firework" kerana di sini ia diterjemahkan sebagai "bunga api" (sebenarnya kedua-dua itu mempunyai maksud dan konsep yang berbeza). Jadi adakah "percikan api" lebih sesuai untuk "spark" berbanding "bunga api". Harap boleh berikan keterangan lanjut.

Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, spark membawa maksud (1)  bunga  api yang dihasilkan apabila dua ketul batu saling digeselkan; (2) percikan api. Firework ialah bunga api. Dalam bahasa Melayu, sesuatu perkataan boleh dibezakan dengan konteks, contohnya, pesta bunga apibunga api dalam konteks ini boleh merujuk pada firework, dan juga boleh merujuk pada spark apabila kita memahaminya sebagai pesta percikan api.

Istilah13.02.2014
ayat yang lebih tepat ... persembahan bunga api atau pertunjukan bunga apiSalam sejahtera,

Puan,

Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.

Jadi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.08.2017
Assalamualaikum... Mohon bantuan rakan-rakan. Apa penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk bunga api? Sebatang atau sepuntung?Pada kelazimannya penjodoh bilangan diberi mengikut bentuk fizikal sesuatu benda. Jika bentuknya seperti batang, maka penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang.Lain-lain25.07.2013
bunyi untuk meriam = degum-degam betul ke salah atau dentam-dentum bunyi utuk ape?

Degum-degam untuk meriam, dentam-dentum untuk bunga api.

Tatabahasa16.09.2008
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1) Sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya. Adakah apa-apa betul? ataupun perlu digantikan dengan siapa-siapa? 2) Kami akan melihat pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini. Adakah melihat sesuai dalam konteks ayat ini? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya.” Perkataan “apa-apa” boleh digunakan merujuk kepada sesuatu benda, hal, keadaan dan sebagainya. Dalam ayat kedua, perkataan “melihat” boleh digunakan, namun pilihan kata “menyaksikan” lebih  gramatis; “Kami akan “menyaksikan” pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini.”

Tatabahasa07.01.2022
Adakah pilihan jawapan bagi ayat yang diberikan ini betul? Kalau betul, yang mana satu jawapan yang sesuai? Sejak petang lagi, orang ramai sudah _________ ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. A. Bergegas-gegas B. beratus-ratus C. Berduyun-duyun D. Berderet-deretJawapan yang betul ialah berduyun-duyun.Tatabahasa25.07.2013
Adakah struktur ayat di bawah ini betul? 'orang ramai' diikuti dengan 'berduyun-duyun' walhal orang ramai sudah menunjukkan jumlah yang banyak. Sejak petang lagi, orang ramai sudah berduyun-duyun ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.Orang ramai bermaksud masyarakat umum atau orang awam dan orang ramai tidak dinisbahkan kepada ramainya orang. Oleh itu, ayat tersebut betul dan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa26.07.2013
memperingati , mengingati, memperingatkan , mengingatkan...apakah perbezaan yang khusus antara perkataan ini? terima kasihUntuk mengetahui perbezaan antara perkataan yang tersebut, lihat makna dan contoh penggunaannya seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. Tatabahasa04.03.2011
Puan, Berkenaan perkataan "mengingati" dan "mengingatkan", adakah keuda-dua perkataan ini sama maksud atau penggunaannya? Sila jelaskan.Untuk mengetahui perbezaan antara perkataan yang tersebut, lihat makna dan contoh penggunaannya seperti yang berikut: 1. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 2. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. Tatabahasa05.02.2013
Perkataan mengingati = ingat akan = remember Mengingatkan = memberikan ingat = remind memperingati = mengenang semula memperingatkan??? adakah istilah ini wujud? menurut Kamus dewan, istilah ini wujud bagaimana pula dengan Kamus Tatabahasa? Terima kasihPerkataan mengingati, mengingatkan, memperingati dan memperingatkan adalah betul dan boleh digunakan. Makna dan contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. Makna04.10.2012
12

Kembali ke atas