Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Apa guna ayam bertaji,
     Ayam makan si daun bunga;
Dulu kasih sekarang benci,
     Ilmu siapa adik ni kena.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Umpama bunga,
     sedap dipakai,
layu dibuang.

Bermaksud :

Kasih sayang sementara disukai, sudah bosan lalu dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur bunga inai, Biji selasih di dalam timba; Seberang alur seberang sungai, Kerana kasih kuturut juga.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna ayam bertaji, Ayam makan si daun bunga; Dulu kasih sekarang benci, Ilmu siapa adik ni kena.
Kurik Kundi Merah SagaBunga selasih dibawa melayang, Bunga pudak dalam padi; Orang kasih saya tak sayang, Baru sedar dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaCik Putih menanam cempedak, Lebat daun bunga tiada; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun dikenang jua.
Kurik Kundi Merah SagaSongket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih ditumpah minyak, Bunga jengkang dengan jerami; Terima kasih banyak-banyak, Kerana sudibersama kami.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di jalan raya; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke rumah saya.
Kurik Kundi Merah SagaKalau memetik bunga selasih, Dihanyut mari ke Sungai Ceni; Bila hati dah jatuh kasih, Nama yang busuk pun jadi wangi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau memetik bunga selasih, Dihanyut mari ke Sungai Ceni; Bila hati dah jatuh kasih, Nama yang busuk pun jadi wangi.
Kurik Kundi Merah SagaDekat dengan burung cenderawasih, Bunga melur setangkai diri; Lama sudah bercerai kasih, Tujuh malam ingatku lagi.
12

Kembali ke atas