Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

Definisi : sj rempah yg keras dan menyerupai kelopak bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Definisi : a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga lawang

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan “characteristic appearance” dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan “rupa ciri”. Adakah padanan ini sesuai? Star anise 330. Star anise shall be the dried, ripe fruit of the plant Illicium verum. It shall have the characteristic appearance and shall be free from admixture by Illicium anisatum. Bunga lawang. 330. Bunga lawang hendaklah buah kering masak daripada tumbuhan Illicium verum. Ia hendaklah mempunyai rupa ciri dan hendaklah tidak dicampur dengan Illicium anisatum.Ayat yang betul ialah:
Ia hendaklah mempunyai ciri-ciri rupa tersebut dan hendaklah tidak dicampur dengan Illicium anisatum.
Makna01.07.2021
salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"?1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang.
2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. 
Tatabahasa24.09.2021

Tatabahasa26.08.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera.., saya ingin bertanya tentang maksud sebenar kata "tampuk" pada buah manggis. Dalam KD, tampuk diberikan maksud "bahagian tangkai hujung tempat buah melekat". Ini jelas menurut beberapa sumber yang menterjemahkan "tampuk manggis" ini sebagai "pedicel of a mangosteen" (cth dalam "Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving" halaman 129 dan 134). Tapi agak mengelirukan apabila ia turut dipakai untuk merujuk pada parut di bawah buah manggis (yang bentuknya macam bunga tu). Adakah penggunaan yang kedua itu tepat?Makna kedua tersebut kurang tepat. Tampuk pada asasnya berada pada pangkal buah, berkeliling kelopaknya dan melekat pada tangkai. Jika tampuk dianalogikan seperti dalam tampuk pemerintahan, maknanya berkait dengan pemerintahan atasan atau tertinggi serta berpusat. Tampuk dalam bentuk corak pula melambangkan tampuk buah yang dilihat dari pandangan atas. Tampuk pada cerek, pistol dsb pula dikaitkan dengan berpemegang. Tampuk bunga pula ialah bahagian hujung tangkai yang berkelopak dan memegang bunga. Jadi, makna tampuk adalah bercirikan berpusat/berkeliling, memegang dan berada di pangkal atau di bahagian atas sesuatu.

Tampuk buah manggis juga dipanggil tapak lawang. Tidak dinafikan ada kalangan masyarakat yang memanggil bunga di bahagian bawah pada buah manggis itu dengan nama tampuk manggis. Mungkin kerana tidak arif dan menyamakan maknanya dengan motif atau corak pada songket, sulaman dsb. Padahal, motif atau corak tersebut juga adalah gambaran pandangan atas tampuk buah manggis yang berkelopak dan bertangkai itu. Atau mereka mungkin juga terkeliru dengan motif atau corak bunga lawang.
Makna18.06.2023

Kembali ke atas