Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam keadaan bagaimanakah, Bunga Raya dikenali kata nama khas dan keadaan yang bagaimana pula dikenali sebagai kata nama am? Menurut keputusan carian di halaman web DBP, terdapat jawapan berikut: "Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas."-18.05.2008 "Dalam konteks kata nama am, dieja bunga raya dan bunga kebangsaan."-13.05.2011 soalan"Bunga Raya ataun bunga raya?" jawapan" bunga raya"-02.04.2011 soalan"bunga raya atau Bunga Raya" jawapan" Bunga Raya"-28.04.2011Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah bunga raya sama seperti bunga ros, teratai dan orkid. Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. Kami mohon maaf atas kesilapan jawapan tersebut.Ejaan10.10.2012
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia.Adakah perkataan / frasa ini tergolong sebagai kata nama khas, katanama am atau kata majmuk.Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas.Tatabahasa18.05.2008
Adakah bunga raya, bunga matahari dan jenis bunga yang lain merupakan kata nama am?Salam Sejahtera,

Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa08.01.2020
Assalam. Adakah bunga raya dan seumpamanya kata nama khas. Jika ya, ejaan bunga huruf besar atau kecil. Hurai juga perkara lain yang berkaitan. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah bunga raya sama seperti bunga ros, teratai dan orkid. Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. Ejaan27.01.2018
Saya ingin bertanya apakah nama-nama tempatan tumbuhan seperti bunga raya, bunga ros, durian belanda dan sebagainya tergolong dalam kata nama am ataupun khas? Terdapat dua jawapan berbeza berdasarkan tahun di arkib khidmat nasihat. Apabila digunakan sebagai tajuk, adakah perlu saya menggunakan ia sebagai kata nama khas? Contohnya 'Pokok Durian Belanda' atau saya masih boleh menggunakan kata nama am iaitu 'Pokok durian belanda'?Perkataan durian belanda, bunga ros, bunga raya tergolong dalam kata nama dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa08.03.2013
bunga raya ialah nama am atau nama khasKata nama khas.Lain-lain12.11.2008
Perkataan "Representatif" diterima pakai, sebagaimana yang telah saya semak pada laman sesawang PRPM. Hasilnya seperti berikut; [ré.pré.sén.ta.tif] | ريڤريسينتاتيف Definisi : (répréséntatif) mewakili (go­long­­an dll), sesuai utk mewakili. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Jadi persoalan saya, adakah betul jika menggunakan perkataan ini dalam bentuk istilah wakil kepada entiti? Contohnya seperti "Ali merupakan salah seorang representatif Persatuan Bunga Raya". Atau jika penggunaan di atas salah, adakah masih boleh digunakan dengan penyusunan perkataan yang sama, jika perkataan tersebut diistilahkan menjadi satu kata nama khas? Contohnya seperti "Ali merupakan salah seorang daripada Representatif Persatuan Bunga Raya"

Menurut Kamus Dewan Perdana, penggunaan perkataan yang betul mengikut konteks penggunaan ialah “representasi” yang bermaksud perbuatan mewakili seseorang atau sesuatu. Contoh dalam ayat, “Ali merupakan salah seorang representasi Persatuan Bunga Raya”.

Makna01.01.2022
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah??Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air.Tatabahasa23.11.2012

Kembali ke atas