Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bung.ku.san] | بوڠکوسن

Definisi : benda yg dibalut (dgn kertas, kain, daun, dll): se~ kain; ~-bingkis berbagai-bagai jenis benda yg dibalut; besar ~ tak berisi prb orang yg besar cakap dan tidak berisi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bung.ku.san] | بوڠکوسن

Definisi : sesuatu yg sudah dibungkus: Setiap ~ yg dibawa akan diperiksa oleh pihak kastam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bungkusan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa

Jawapan seperti berikut:

1. Ketiga-tiga buah bungkusan.
2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai
3. Kedua-dua ibu bapa
4. ibu dan bapa

Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana

Tatabahasa01.05.2010
Bagi ayat "Pack and label your parcel correctly", ayat yang mana lebih bersesuaian? 1. Bungkuskan dan labelkan bungkusan anda dengan betul ATAU 2. Bungkus dan labelkan bungkusan and dengan betul ATAU 3. Bungkus dan label bungkusan anda dengan betul. Mohon pencerahan.Ayat yang betul ialah: Bungkuskan dan labelkan bungkusan anda dengan betul. 
Selain itu tuan juga boleh menggunakan ayat ini: Sila bungkus dan label bungkusan anda dengan betul. 
Tatabahasa24.03.2023
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul? 1) Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu. 2) Kalang mencuba mengangkat bungkusan simen itu. 3) Dia mengangkat bersama-sama Haikal. 4) Dia mengangkat bersama Haikal. 5) Dia mengangkat bersama dengan Haikal. Terima kasih.1. Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu.
2. Ayat 3, 4, dan 5 tidak gramatis kerana tiada objek. Sekiranya ada objek, ayat 3 lebih tepat.
Tatabahasa01.04.2013
Bungkusan yang berat-berat itu saya tidak terangkat. Adakah ayat itu betul atau salah?Ayat yang betul ialah Bungkusan yang berat-berat itu tidak saya terangkat.Tatabahasa20.07.2013
1. Adakah terdapat sebarang peraturan mewajibkan label dan bungkusan produk yang dipasarkan di Malaysia menggunakan bahasa Melayu/Malaysia? 2. Bolehkah label dan bungkusan produk hanya menggunakan bahasa Inggeris? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan komen dan pandangan mengenai perkara ini secepat mungkin. Terima kasih.Sila rujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri saudara/ saudari untuk mengetahui sebarang peraturan bagi melabel membungkus produk. Untuk makluman saudara/ saudari, DBP hanya mengesahkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam iklan. Harap maklum.Lain-lain13.08.2007
Adakah ayat ini betul? Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.Jawapan:
Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
Lain-lain08.10.2014
Bolehtak PosParcel digunakan sebagai nama produk? Nama ini digunakan untuk produk bungkusan. Nama PosBungkusan terlalu panjang. Parcel telah diterimapakai oleh semua orang. Kami juga ada produk registered mail, dinamakan PosDaftar dan PosEkspres untuk surat ekspres.Sehingga hari ini perkataan 'parcel' atau 'parsel' masih belum diterima sebahagian daripada bahasa Melayu. Kata 'bungkusan' masih digunakan bagi padanan kata 'parcel'.Istilah13.06.2009
Salam sejahtera. 1)Fungsi setem _______sebagai tanda bayaran pos untuk pengiriman surat dan bungkusan. Jawapan: ialah atau adalah ? 2) “sebagai” dalam ayat di atas ialah kata apa?Ayat yang betul ialah “Fungsi setem "ialah" sebagai tanda bayaran pos untuk pengiriman surat dan bungkusan. Kata “sebagai” dalam ayat ini ialah kata hubung pancangan keterangan.
Tatabahasa20.01.2022
Saya ingin mendapatkan terjemahan dari B.Inggeris ke B.Malaysia dengan lebih tepat untuk Tajuk bungkusan seperti berikut :- Chicken Drumstick Chicken Thigh Chicken Wing Chicken Keel Chicken Rib Chicken Fillet Chicken Boneless Thigh Chicken Boneless Breast Chicken Boneless Leg Chicken Skinless Boneless Leg Chicken Skinless Boneless Breast Chicken Skinless Boneless Thigh Chicken Neck Chicken Gizzard Chicken Liver Chicken Feet Chicken Bishop Nose Chicken Fat Chicken Skin Chicken Broken Wing Chicken Drummet Chicken Mid Joint Wing Chicken Whole Leg Chicken BBQ Wing dan perlukah tajuk pada bungkusan mempamerkan bahasa Malaysia dan Inggeris?Untuk makluman tuan, kami tidak memberikan perkhidmatan terjemahan, apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan. Oleh itu, sila terjemahkan dahulu dan kemukakan hasil terjemahan tersebut untuk semakan kami.Penyemakan dan penterjemahan10.06.2015
1. Tolong buangkan/membuangkan bungkusan plastik ini ke dalam tong sampah. Tolong jelaskan perbezaan antara buangkan dengan membuangkan. 2. Apakah penjodoh bilangan untuk bendera dan panji. 3. "Bolehkan anda tunggu sebentar?" kata pegawai bank kepada pelanggannya. Bolehkah kita gunakan gantinama anda dalam ayat ini? 4. Budak itu membuang sampah ke/ di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. atau Setiba ke sana. Apakah perbezaannya?

1. Ayat perintah/suruh (ditujukan kepada kata ganti diri yang kedua: awak, kamu, dsb) tidak perlu guna imbuhan awalan Me-... 

2. Sehelai, selembar dan sebuah = bendera.

3. Boleh.

4. Budak itu membuang sampah di atas lantai.

5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan.

6. Setiba di sana. 'Di' dalam bahasa Inggerisnya 'at' dan 'ke' = 'to'.

Lain-lain09.10.2009
12345

Kembali ke atas