Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bung.ku.san] | بوڠکوسن

Definisi : benda yg dibalut (dgn kertas, kain, daun, dll): se~ kain; ~-bingkis berbagai-bagai jenis benda yg dibalut; besar ~ tak berisi prb orang yg besar cakap dan tidak berisi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bung.ku.san] | بوڠکوسن

Definisi : sesuatu yg sudah dibungkus: Setiap ~ yg dibawa akan diperiksa oleh pihak kastam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bungkusan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYARIKAT PENERBANGAN

Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi

yang mengendalikan pesawat udara yang membawa

penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket

penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau

kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik

syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia.

UMUM 
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 

Kembali ke atas