Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.tal] | بونتل

Definisi : buncit, gembung, buntar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.tal] | بونتل

Definisi : beberapa jenis ikan yg menjadi gembung kalau dipegang; jenis-jenisnya: ~ batu = ~ kotak = ~ peti, Lactoria spp., Tetrosomus spp.; ~ duri = ~ landak, Diodon spp, Chilomycterus spp.; ~ pisang, Amblyrhynchotes spp., Arothron spp., Chelonodon spp.; bagai ~ kembung = melabuh-labuh bagai ~ ditiup prb sombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.tal] | بونتل

Definisi : ® buntel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.tal] | بونتل

Definisi : besar kerana berisi udara; gembung; buncit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bun.tal] | بونتل

Definisi : beberapa jenis ikan yg menggembungkan perutnya apabila disentuh, spt ~ landak Diodon nyatri, dan ~ pisang Ostracion tubercularis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buntal

Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Anak buntal bergapai-gapai, Bila pasang berhanyut-hanyut; Awal bebal memandai-mandai, Ditanya orang terkentu-kentut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ikan buntal tidak bersengat, Mari jatuh atas titi; Tepuk bantal panggil semangat, Ingin bersua dalam mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Besarlah todak daripada buntal, Giginya ada muncung pun panjang; Besarlah lagak pemuda gatal, Dipuji dara hidung pun kembang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Berebut beruk merendam labu, Kancil marah buntal bersorak; Terkentut datuk dalam kelambu, Katil patah bantal berselerak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Daun upih daun mengkuang, Buat menjemur ikan buntal; Bercerai kasih bercerai sayang, Dalam mimpi kita sebantal.Pantun Melayu SarawakKasih
Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas