Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1. mengandung (biasanya dipakai utk binatang), hamil: kambing itu sudah ~; 2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar: patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~; ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar; ~ harimau (orang yg suka) marah-marah semasa bunting; ~ jolong mengandung utk pertama kali; ~ kecil bunting yg masih kecil; ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd sembilan bulan; ~ padi peri kecantikan betis perempuan; ~ pelamin mengandung pd bulan pertama berkahwin; ~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;membunting menjadi (nampak) bunting: betisnya ~ padi;membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan: ia telah ~ gadis itu;membuntingkan 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau?buntingan kandungan; pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan melahirkan anak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunting

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
buntingn 1. fabric for flags etc, kain utk panji-panji; 2. decorative flags, streamers, panji-panji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pregnantadj 1. having a foetus in the womb, hamil, mengandung; (of female animal) bunting: she is three months ~, dia hamil tiga bulan; the cow is ~ at last, lembu betina itu bunting akhirnya; 2. having a special meaning, significant, mengandungi makna, penuh bermakna: deep down she was angry but her only reaction was a ~ silence, jauh di lubuk hatinya dia marah, walaupun dia diam tapi diamnya penuh bermakna;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
water hyacinthn keladi /lembayung, bunting/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spout d. (derog) pregnant, bunting;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pupin ~, (of bitch) bunting; sell so. a ~, dijual barang yg tak sebaik yg sso sangka: you were sold a ~ when you bought that car for $9,000, kamu dijual barang yg tak sebaik yg kamu sangka apabila membeli kereta itu dgn harga $9,000.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foaln anak kuda; /in, with /~, bunting;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hyacinthn 1. (plant) lembayung, keladi bunting; 2. (mineral) hiasint; 3. (colour) warna lembayung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
side the front and ~s of the dais were decorated with coloured bunting and flags, bahagian depan dan tepi pentas itu dihiasi panji dan bendera yg berwarna-warni; the dinghy drew up to the ~ of the ship, dingi itu merapati lambung kapal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
proliferatevi 1.yield new growth rapidly, menjadi peridi, berkembang biak: water hyacinth ~s in ponds, keladi bunting menjadi peridi dlm kolam; 2. increase rapidly in number, /wujud, muncul/ dgn pesat; (of gossip etc) tersebar dgn cepat: squatter huts ~d along the railway line, rumah-rumah setinggan muncul dgn pesat di sepanjang landasan kereta api; these rumours will continue to ~ until an official statement is made, khabar-khabar angin ini akan terus tersebar dgn cepat sehingga kenyataan rasmi dibuat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calf1n 1. young, offspring, (of cow) anak lembu; (of buffalo) anak kerbau; (of elephant) anak gajah; (of whale) anak paus: a cow and its ~, seekor lembu dgn anaknya; /in, with/ ~, bunting; 2. calfskin, kulit anak lembu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas