Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1. mengandung (biasanya dipakai utk binatang), hamil: kambing itu sudah ~; 2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar: patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~; ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar; ~ harimau (orang yg suka) marah-marah semasa bunting; ~ jolong mengandung utk pertama kali; ~ kecil bunting yg masih kecil; ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd sembilan bulan; ~ padi peri kecantikan betis perempuan; ~ pelamin mengandung pd bulan pertama berkahwin; ~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;membunting menjadi (nampak) bunting: betisnya ~ padi;membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan: ia telah ~ gadis itu;membuntingkan 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau?buntingan kandungan; pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan melahirkan anak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunting

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya adalah ahli jawatankuasa bahagian promosi di Universiti Malaya dimana saya ditugaskan untuk menggantung bunting di sekitar Kuala Lumpur. Soalan saya, adakah dibenarkan bunting menggunakan bahasa inggeris pada keseluruhan bunting? Soalan kedua bagaimana prosider untuk mendapatkan kelulusan bunting yang mana boleh dipamer atau tidak

Gegantung ("bunting") hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Bahasa Inggeris boleh dimasukkan sebagai bahasa kedua di sebelah bawah bahasa Melayu dan tulisannya hendaklah lebih kecil. Saudara boleh menghantar visual gegantung tersebut kepada Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu melalui faks 03-21422029 untuk disemak penggunaan bahasa Melayu.

Lain-lain10.02.2010
bunting sabunSila buat permohonan pengesahan iklan dalam talian melalui dbpsahbahasa.my atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur.Lain-lain27.03.2018
Bunting Size : 2' x 6'Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Bagi pelanggan baharu sila daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan. Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui laman web berkenaan.Lain-lain26.12.2017
BuntingSila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun Pelanggan bagi pelanggan baharu, pilih Daftar Iklan dan buat bayaran berdasarkan jenis iklan yang dimohon.Lain-lain02.11.2017
BuntingUntuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/Lain-lain20.06.2017
BUNTING 2'x6' (outdoor) pemasangan pada tiang lampu jalan sila semakan perkataan dlm bauntung yg dilampirkan dibawah... terimakasih...Pembetulan:
1. JUALAN PROMOSI HARI RAYA
2. LANDSKAP AKUARIUM
3. 9.00 PG. - 6.00 PTG.
4. Tel.
Sila buat pembetulan dan kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan lampirkan visual dalam fail jpeg atau gif.
Lain-lain22.06.2015
BUNTING - ukuran 2'x6' (outdoor) Tiang lampu jalanUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan lampirkan visual dalam fail jpeg atau gif.Lain-lain22.06.2015
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bunting padi? Apakah bentuk betis yang cantik sekali? Bolehkah DBP berikan perihalan bentuk bunting padi?Menurut Kamus Dewan, bunting padi bermaksud bentuk betis yang cantik sekali. Untuk lebih jelas berkenaan bentuk bunting padi, tuan/puan boleh merujuk kepada visual padi yang telah matang.Lain-lain22.06.2018
Apabila menggunakan frasa 'bunting padi', perlukah disertakan dengan kata betis? Contohnya dua ayat ini: 1) Gadis itu berbunting padi. 2) Gadis itu berbetis bunting padi. Bolehkah kata betis itu ditiadakan?Untuk makluman perkataan betis tidak boleh digugurkan bagi merujuk ayat yang diberikan. Ayat yang tepat ialah Gadis itu berbetis bunting padi.Lain-lain22.06.2018
untuk bunting

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/

Lain-lain20.06.2017
12345678

Kembali ke atas