Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.tut] | بونتوت

Definisi : 1. bahagian badan di antara belakang dan kaki, punggung: menteri mengepalakan gajah, dan bentara di ~ gajah; ~ kapal buritan; 2. bahagian bawah sebelah luar periuk, kuali, dll (yg menyentuh permukaan lain); 3. lanjutan (sesuatu perkara), akibat: perkara itu belum habis lagi, ada ~nya;berbuntut 1. mempunyai buntut: bintang ~; 2. ada akibatnya (lanjutannya), berekoran; berbuntut-buntut (dgn) yg satu (seorang) mengikuti di belakang yg lain, beruntun-runtun, berderet-deret: berjalan ~;membuntut 1. mengikut seseorang atau sesuatu dr belakang; 2. ki mengikut: “Yg salahnya, kita sering ~. Tidak berfikir sendiri”;membuntuti mengikut, mengekori: ia ~ ibunya ke mana-mana;membuntutkan mengarahkan punggung pd sesuatu atau seseorang: ibu memalingkan badannya, ~ aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.tut] | بونتوت

Definisi : ; (kayu) ~ baung sj tumbuhan (pokok renek), daun sekentut, temberak hutan, Lasianthus oblongus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.tut] | بونتوت

Definisi : bahagian hujung di sebelah belakang sekali; bahagian ekor: Tun Ali duduk di ~ gajah. berbuntut-buntut berbaris atau beratur beramai-ramai satu di belakang yg lain; berbanjar-banjar; berturut-turut. membuntut mengikut: Jangan asyik ~, hendaklah berfikir sendiri. membuntuti berjalan atau berada di belakang seseorang; mengikuti seseorang: Adik ~ ibu ke mana sahaja ibu pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buntut

Peribahasa

Siput memuji buntut.

Bermaksud :

Suka memuji diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Darihal janggut, perut, buntut dan belut ...Hantu RayaUtusan Melayu09.04.1984
Jenazah Pak Sako selamat disemadikan di Kampung Buntut PulauTiadaUtusan Malaysia09.11.1991
Marina, Menteri Umno dalam video lucah. Ibrahim Ali cium buntut Dr.MahathirS. H. AlattasMingguan Kota04.03.1990

Kembali ke atas