Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.tut] | بونتوت

Definisi : 1. bahagian badan di antara belakang dan kaki, punggung: menteri mengepalakan gajah, dan bentara di ~ gajah; ~ kapal buritan; 2. bahagian bawah sebelah luar periuk, kuali, dll (yg menyentuh permukaan lain); 3. lanjutan (sesuatu perkara), akibat: perkara itu belum habis lagi, ada ~nya;berbuntut 1. mempunyai buntut: bintang ~; 2. ada akibatnya (lanjutannya), berekoran; berbuntut-buntut (dgn) yg satu (seorang) mengikuti di belakang yg lain, beruntun-runtun, berderet-deret: berjalan ~;membuntut 1. mengikut seseorang atau sesuatu dr belakang; 2. ki mengikut: “Yg salahnya, kita sering ~. Tidak berfikir sendiri”;membuntuti mengikut, mengekori: ia ~ ibunya ke mana-mana;membuntutkan mengarahkan punggung pd sesuatu atau seseorang: ibu memalingkan badannya, ~ aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.tut] | بونتوت

Definisi : ; (kayu) ~ baung sj tumbuhan (pokok renek), daun sekentut, temberak hutan, Lasianthus oblongus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.tut] | بونتوت

Definisi : bahagian hujung di sebelah belakang sekali; bahagian ekor: Tun Ali duduk di ~ gajah. berbuntut-buntut berbaris atau beratur beramai-ramai satu di belakang yg lain; berbanjar-banjar; berturut-turut. membuntut mengikut: Jangan asyik ~, hendaklah berfikir sendiri. membuntuti berjalan atau berada di belakang seseorang; mengikuti seseorang: Adik ~ ibu ke mana sahaja ibu pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buntut

Peribahasa

Siput memuji buntut.

Bermaksud :

Suka memuji diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buntutbuntutKerisTiadaBahagian sarung yang terletak di bahagian paling bawah.
buntut siputbuntut siputKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk seakan-akan buntut siput.
kelarai buntut siputkelarai buntut siputKesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk buntut siput.
buntut urangbuntut urangKerisTiadaLihat kepit
buntut tapisan(Br.)buntut tapisan (Br.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk tapak anjing. Kelarai anjing.
flat base saucepanperiuk buntut rataPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mata kapakmata kapakKerisTiadaBuntut yang berbentuk seperti mata kapak.
bujur sangkarbujur sangkarKerisTiadaBentuk buntut keris yang bujur seperti sangkar. Bentuk seperti ini hanya terdapat pada Keris Jenis Semenanjung.
bujur sirihbujur sirihKerisTiadaBentuk buntut keris yang bujur seperti daun sirih.
bulat tempurungbulat tempurungKerisTiadaBentuk buntut yang bulat seperti tempurung kelapa.
12

Kembali ke atas