Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nyi] | بوڽي

Definisi : 1 sesuatu yg dpt didengar selain suara manusia: ~ enjin kapal terbang itu membingitkan telinga. 2 laras atau tingkatan nada alat bunyi-bunyian atau suara orang bernyanyi: Merdu sungguh ~ gesekan biolanya. 3 bacaan drpd yg tertulis: Tolong baca bagaimana ~ surat itu. 4 cara menyebut atau cara mengucapkan sesuatu; lafaz: Dlm bahasa Jepun, ~ n dan ng tidak berbeza. berbunyi 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. membunyikan 1 melakukan sesuatu spt memetik biola dsb supaya berbunyi; menjadikan berbunyi: Apabila emaknya sakit kepala, ia tidak pernah ~ radio. 2 menyebut tulisan; melafazkan: Orang di Malaysia atau di Indonesia ~ huruf mengikut sistem ejaan baru. bunyi-bunyian alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang,
     setengah bagai bunyi kuau.

Bermaksud :

Pendapat yang bermacam-macam.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIC

Pic ialah ciri bunyi yang ditentukan oleh frekuensi

getaran gelombang bunyi. Bunyi pic tinggi

mempunyai frekuensi yang lebih tinggi

berbanding dengan bunyi pic rendah. Apabila

pemain violin menala alatnya, dia melaraskan

setiap tali supaya ia bergetar pada frekuensi yang

dikehendaki (lihat Bunyi ).

UMUM 
TINITUS

Tinitus ialah satu keadaan apabila bunyi didengar

seolah-olah datang dari dalam kepala. Kebanyakan

orang yang mengalami keadaan ini mendengar

bunyi dering, dengung atau desis. Ada pula yang

mendengar bunyi seperti bunyi cengkerik atau

bunyi ombak. Bunyi yang didengar mungkin

berterusan atau sekejap-sekejap. Ia mungkin

didengar di dalam satu atau kedua-dua belah

telinga.

UMUM 
DEBUM BUNYI

Debum bunyi ialah bunyi yang kuat disebabkan

oleh sesuatu objek – biasanya kapal terbang

yang terbang pada kelajuan supersonik. Bagi

seseorang di bumi, bunyi itu kedengaran seperti

dentuman guruh

UMUM 
TELEFON KUASA-BUNYI

Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi

yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang

bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan

sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan

kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau

talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

tidak mempunyai sumber kuasa luar selain

yang dibekalkan oleh gelombang bunyi.

Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada

jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer.

Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti

bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara

yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

mempunyai kebaikan dari segi daya tahan,

boleh diharap, dan menjimatkan.

UMUM 
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI)

Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan

elektronik yang menghasilkan semula bunyi

dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti

tinggi direka bentuk untuk mengekalkan

ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan

herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini

sering juga digelar sebagai sistem bunyi

stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan

bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi

pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran

yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini,

sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan

semula dari arahnya yang betul.

UMUM 
STOCKHAUSEN, KARLHEINZ

Stockhausen, Karlheinz (1928– ), penggubah

muzik Jerman, yang menjadi penggerak utama

dalam pengembangan muzik moden semenjak

awal tahun 1950-an. Stockhausen mencipta muzik

daripada bunyi yang luar biasa. Gubahannya

menggunakan bunyi elektronik sintetik dan bunyi

semula jadi seperti statik radio, pidato, dan bunyi

jalanan. Dia kadangkala mengherotkan bunyi ini

secara elektronik.

UMUM 
KEDAP BUNYI

Kedap bunyi lihat juga Akustik; Penebatan.

UMUM 
SPEAKER

Speaker ialah peranti elektrik yang

mengeluarkan semula bunyi. Speaker membentuk

sebahagian daripada sistem bunyi fideliti tinggi,

radio, alat pemain kaset, dan peti televisyen. Ia

juga menjadi sebahagian daripada sistem siar raya

dan kelengkapan yang digunakan untuk

menguatkan bunyi yang dimainkan oleh pemuzik.

UMUM 
FONOLOGI BAHASA MELAYU

FONOLOGI BAHASA MELAYU, sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi  sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, fonologi dikaji dengan mengumpulkan bunyi-bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa itu untuk dibanding-bandingkan sehingga perbezaan antara bunyi itu terserlah dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, mengikut kerangka teori yang digunakan.

BAHASABahasa
STETOSKOP

Stetoskop ialah sejenis alat yang digunakan oleh

doktor untuk mendengar bunyi yang dihasilkan

oleh organ tertentu dalam tubuh, seperti jantung,

paru-paru, usus, vena, dan arteri. Stetoskop dapat

mengesan bunyi daripada organ ini serta menahan

bunyi lain daripada mengganggu. Kaedah

mendengar ini, yang dikenali dengan istilah

auskultasi, dapat membantu doktor mengenal pasti

penyakit. Doktor boleh mengesan perubahan

bunyi organ yang disebabkan oleh penyakit yang

berlainan jenis.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas