Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi pertuturan;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa 'unit' ( bermula huruf u) dan 'yuran' ( bermula huruf y) sedangkan bunyi pada pangkal perkataan adalah sama? Saya tidak mengfokus kepada sebutan baku tetapi persoalan menjurus kepada aspek bunyi pertuturan.

Saudara,

Perkataan 'unit' ialah perkataan daripada bahasa Inggeris dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui penyesuaian huruf dengan mengambil kira bentuk bahasa sumber. Oleh yang demikian perkataan 'unit' tetap unit dalam bahasa Melayu. Perkataan yuran ialah perkataan bahasa Melayu dan bukan perkataan yang diserapkan daripada bahasa lain. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Ejaan19.12.2009
INGIN MENGETAHUI PERBEZAAN ANTARA FONETIK DENGAN FONOLOGIFonologi merupakan bidang linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonetik bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu.Makna06.09.2006
Penerangan tentang Fonem SuprasegmentalFonem suprasegmental merupakan salah satu daripada tiga Huruf Fonetik Antarabangsa yang dicipta oleh pakar bahasa dengan tujuan menawarkan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dlm mana-mana bahasa pertuturan. Fonem Suprasegmental yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton dan penekanan.Tatabahasa06.12.2007
maksud teater dan jenis-jenisnya

1.   Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.

2.   Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan.

Sekian dan salam.

Lain-lain28.03.2009
1) MAKSUD WACANA 2) BINA CONTOH WACANA YANG MEMPERLIHATKAN HUBUNGAN DARI ASPEK SIMANTIK, LEKSIKAL, GRAMATIKAL, FONOLOGIS. 3) MAKSUD-SIMANTIK,LEKSIKAL,GRAMATIKAL,FONOLOGIS BERSERTA CONTOH DAN AYAT BAGI SETIAP ASPEK DI ATAS1. Wacana bermaksud i. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; ii. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; iii. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato). 2. Semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata, leksikal bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, fonologi berkaitan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Untuk perbincangan yang lebih mendalam sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.Tatabahasa08.12.2008
1.apakah maksud onamasilogis, semasiologis, morfologis dan fonologis? 2. ada berapa jenis retorik dan bagaimana cara untuk membezakan jenis-jenis retorik tersebut?Onamasilogi bermaksud kajian tentang hubungan makna antara lambang bahasa dengan objek yang dilambangkan, mis kajian tentang sinonimi danpolisemi. Morfologi bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Fonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Retorik bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan atau seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar.Jenis retorik bergantung pada atau mengikut bahasa retorik yang digunakan dalam pelbagai bidang berkenaan seperti dalam politik, kominikasi dll.. Makna20.02.2008

Kembali ke atas