Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bur.ger] | بورݢر

Definisi : kepingan daging kisar (yg sudah dibubuhi rempah) yg digoreng atau dipanggang, biasanya dimakan dgn roti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burger


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kosa kata "burger" telah menjadi sebahagian kosa kata bahasa Melayu? Jika tidak, apakah kosa kata dalam bahasa Melayu?istilah burger telah ada dalam Kamus Dewan Edisi ke-4.Tatabahasa30.07.2007
sejak awal tahun 1980-an burger sudah menjadi sebahagian dari warisan cita rasa Melayu yang sebenarsejak awal tahun 1980-an burger sudah menjadi sebahagian daripada warisan cita rasa Melayu yang sebenarTatabahasa14.10.2008
Kami dapati ejaan "meatburger" dalam ayat di bawah ini dieja sebagai satu perkataan membawa padanan "daging burger". Adakah ejaan ini betul kerana melalui semakan kami tiada ejaan yang sedemikian. (2) For the purposes of these Regulations, manufactured meat shall include meatburger, sausage and corned, cured, pickled or salted meat. (2) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, daging kilangan hendaklah termasuk burger daging, sosej dan daging kon, daging awetan, daging jeruk atau daging asin.Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu seperti yang berikut:

meat burger - daging burger

Dieja dengan dua perkataan.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain10.06.2021
Salam sejahtera, apakah sebutan yang tepat nagi kata "burger"? Bolehkah disebut seperti sebutan bahasa Inggeris dalam perbualan? Sekian, terima kasih.Sebutan yang tepat bagi perkataan 'burger' ialah seperti sebutan baku iaitu setiap huruf disebut mengikut sebutan bahasa Melayu. Namun dalam perbualan harian, sebutannya lebih bebas.Lain-lain10.02.2021
Tuan, adakah ayat di bawah terdapat kesalahan struktur ayat atau penyusunan ayat yang tidak betul? 1. Suasana sungguh meriah sekali di Hari Kantin Sekolah. 2. Boleh perkataan satu burger digunakan dalam pembinaan ayat? 3. Bolehkah perkataan seperti pau digunakan dalam satu ayat?Tidak ada kesalahan dalam ayat pertama. Perkataan satu burger boleh digunakan apabila merujuk bilangan makanan tersebut dan perkataan pau juga boleh digunakan.Tatabahasa15.10.2012
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak DBP berkenaan dengan Papan Iklan Restoran Burger King seperti dalam lampiran. Perhatian pihak DBP amat saya hargai. Terima kasihBersama-sama ini disertakan iklan yang telah disahkan. Sila buat pengesahan iklan secara dalam talian melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa)Lain-lain03.01.2013
Assalamualaikum Admin DBP? Saya ingin tahu berkenaan penggunaan bahasa. Saya harap sangat pihak DBP dapat beri jawapan yang lebih tepat. 1) Kayu memikul barang A. GANDAR B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK B. CHEQ 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL B. PERGEDIL Terima kasih Saya ada satu soalan lagi. Jawapan bagi soalan ni nampak mudah, tapi rasa berasa ralat sebab kehendak jawapan berbeza-beza. Spesies Ikan Kaloi A. IKAN GERUME B. IKAN GERUMI * Apa yang saya tahu, ejaan lebih tepat adalah IKAN GURAME & IKAN GURAMI. Memandangkan soalan berkehendakan jawapan seperti yang dinyatakan, saya berasa keliru. Pilihan GERUME atau GERUMI? Harap dapat bantu (soalan terakhir)Salam 1Bahasa 1Bangsa 1Negara 1) Kayu memikul barang B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL *** ejaan yang betul ialah BERGEDEL terima kasih -ghaniabu ABDUL GHANI BIN ABU Bhg. Penguatkuasaan Sama-sama kasih. Tuan juga boleh menjadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan20.03.2014
Salam sejahtera. saya ingin terjemahkan "Chicken Patty" kepada Bahasa Malaysia. Carian pautan dalam DBP menunjukkan perkataan Inggeris "patty" sebagai "pai kecil" dalam BM. walaubagaimanapun, terdapat produk "chicken patty" yang diterjemahkan kepada "Patti Ayam" ataupun "Burger Ayam" dalam pasaran Saya ingin tahu istilah manakan paling sesuai? Terima kasihKedua-dua istilah, iaitu Pai Kecil Ayam dan Patti Ayam adalah betul dan boleh digunakan.Istilah06.01.2017
Bagi perkataan "may enclose or be enclosed with the meat product." dalam peruntukan ini ia dipadankan sebagai "yang mengandungi atau terkandung dalam hasil daging itu" tetapi kami bercadang untuk menukarkan padanan ini kepada "..dibaluti atau dibalutkan dengan produk daging itu." (5) For the purposes of these Regulations, meatburger does not include any separable bread or other separable food that may enclose, or be enclosed with the meat product. (5) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, burger daging tidak termasuk roti yang boleh dipisahkan atau makanan lain yang boleh dipisahkan yang mengandungi atau terkandung dalam hasil daging itu. Adakah cadangan pindaan ini bersesuaian?

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk frasa yang dinyatakan: 





1. may enclose or be enclosed with the meat product

dibungkuskan atau dibalutkan dengan produk daging tersebut





2. For the purposes of these Regulations, meat burger does not include any separable bread or other separable food that may enclose, or be enclosed with the meat product.

Peraturan-peraturan ini bermaksud, burger daging tidak termasuk roti atau makanan lain yang boleh dipisahkan, yang dibungkuskan bersama-sama hasil daging tersebut. 





Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna05.06.2021
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018

Kembali ke atas