Adakah istilah "mengorat" akan dimasukkan ke dalam kamus Bahasa Malaysia? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "mengurat" yang bermaksud mengusik-usik perempuan (untuk memikat), mengganggu perempuan. Contoh ayat: Buruh-buruh yang ramai turun dari lori bersiul-siul mengurat Rokiah. | Makna | 19.11.2021 |
buruh asing mengambil kesempatan dengan mendirikan (penempatan, petempatan) secara haram. tuan, penempatan atau petempatan yang betul? | Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. Dalam ayat di atas, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
Ayat yang manakah di bawah ini tepat? Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat ke Jabatan Buruh pada 6/9/2015. atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat Jabatan Buruh pada 6/9/2015. | Ayat yang betul ialah "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat ke Jabatan Buruh pada 6/9/2015.". | Tatabahasa | 19.07.2016 |
yang manakah digunakan secara rasmi, buruh asing atau pekerja asing? apakah maksud migran dalam konteks pekerja/buruh asing? | Kedua-duanya digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 18.11.2008 |
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Malaysia terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan dan pembinaan. Pertanyaan: Adakah bergantung kepada betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Malaysia terlalu bergantung pada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan dan pembinaan. | Tatabahasa | 03.06.2021 |
RENEWABLE ENERGY | TENAGA BURUH BAHARU | Istilah | 03.11.2010 |
one day countdown labour day | Penyiaran detik satu hari ke Hari Buruh | Istilah | 02.03.2011 |
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih. | Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
Saya keliru dengan penggunaan perkataan "binaan" dan "pembinaan" Berdasarkan ayat di bawah apakah perkataan yang sesuai diisi pada ruangan kosongan di bawah? Wak Suparman bekerja di tapak________ sebagai buruh kasar bagi menyara keluarganya di Indonesia. Mana satu penggunaan frasa yang betul pada ruang kosong di atas?tapak binaan atau tapak pembinaan? | Binaan ialah bangunan yang dibina dan pembinaan ialah proses membina. Frasa yang betul ialah tapak pembinaan, iaitu kawasan yang sedang dalam proses membina. | Tatabahasa | 15.08.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil? | Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.08.2019 |