Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ruh] | بوروه

Definisi : orang yg bekerja utk mencari makan, pekerja: ramai orang India yg bekerja sbg ~; Kementerian B~; kaum ~ golongan pekerja; ~ kasar buruh yg lebih memerlukan tenaga fizikal drpd keupayaan mental dlm pekerjaannya; ~ mahir buruh yg mempunyai kepakaran khusus yg diperoleh drpd latihan profesional dlm bidang tertentu, mis jurutera; ~ paksa orang yg dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yg sewajarnya; ~ separuh mahir buruh yg mempunyai kepakaran dlm bidang tertentu yg diperoleh drpd pengalaman bekerja dan atau latihan separuh profesional, mis jurukimpal;berburuhkan mempunyai, mengupah, atau menggunakan seseorang sbg buruh: sektor perladangan dan binaan terpaksa ~ orang asing;memburuh bekerja sbg buruh: siangnya dia ~, malamnya dia belajar bahasa Inggeris;buruhan upah memburuh; perburuhan 1. tenaga (usaha) buruh: membawa masuk orang India ialah satu jalan mengadakan ~ murah; 2. perihal buruh atau memburuh: perkara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ruh] | بوروه

Definisi : orang yg bekerja dgn mendapat upah; pekerja dlm perusahaan dsb: Sudah tujuh tahun Ahmad menjadi ~ di kilang gula itu. ~ kasar buruh yg tidak memerlukan kemahiran. ~ paksa buruh yg dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yg sewajarnya. memburuh bekerja sbg buruh: Banyak orang asing yg ~ di negara kita ini. perburuhan segala sesuatu yg ada hubungannya dgn pekerjaan buruh dan kaum buruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruh


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARTI BURUH

Parti Buruh ialah parti politik pertama

ditubuhkan di Britain bagi menggalakkan dasar

sosialis. Parti Buruh British merupakan salah

sebuah parti politik yang terkemuka di negara

tersebut. Parti Buruh juga terdapat di negara-

negara lain. Rencana ini, sebahagian besarnya

mengenai Parti Buruh British dan Ireland.

UMUM 
TENAGA BURUH

Tenaga buruh ialah sebahagian daripada

penduduk sesebuah negara yang bekerja untuk

mendapatkan gaji atau mencari kerja secara aktif.

Tenaga buruh menghasilkan kebanyakan barang

dan perkhidmatan sesebuah negara. Saiz dan

produktivitinya membantu menentukan

pertumbuhan ekonomi negara.

UMUM 
PARTI BURUH AUSTRALIA

Parti Buruh Australia (Australia Labour Party

(ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini

lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan

banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai

kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya

sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini

menekankan keperluan membahagikan semula

kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah

kawalan industri secara monopoli oleh firma

swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan,

terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali

sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri.

UMUM 
PERTUBUHAN BURUH ANTARABANGSA

Pertubuhan Buruh Antarabangsa

(International Labour Organization (ILO)) ialah

agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

yang memperjuangkan kebajikan pekerja. Kira-kira

150 negara menganggotai ILO. Pada tahun 1969,

organisasi ini menerima Hadiah Nobel untuk

keamanan kerana usahanya.

UMUM 
BURUH PAKSA

Buruh paksa ialah ahli kelas petani yang

besar yang diperkembangkan pada awal Zaman

Pertengahan terutamanya di Eropah.

UMUM 
BURUH KANAK-KANAK

Buruh kanak-kanak ialah penggajian kanak-kanak

sebagai pekerja upah. Ia menjadi masalah

sosial yang serius semasa Revolusi Perindustrian

di Great Britain pada tahun 1700-an, dan masalah

ini merebak ke negara-negara lain apabila negara

itu menjadi negara perindustrian.

UMUM 
PARTI DEMOKRATIK SOSIAL DAN BURUH

Parti Demokratik Sosial dan Buruh (Social

Democratic and Labour Party (SDLP) ialah parti

politik yang ditubuhkan di Ireland Utara pada

bulan Ogos 1970. SDLP ialah parti sayap kiri

nasionalis Ireland (lihat Sayap kiri). Tujuan utama

parti ini adalah untuk menyatukan semula Ireland

secara aman dan memperjuangkan hak sama rata

bagi semua rakyat. SDLP juga menuntut

pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan

rakyat, gaji minimum dan pendapatan yang sama

bagi pekerjaan yang sama. Ibu pejabatnya terletak

di Belfast.

UMUM 
MACDONALD, JAMES RAMSAY

MacDonald, James Ramsay (1866–1937),

pemimpin kerajaan pertama Parti Buruh di United

Kingdom (UK). Dia berkhidmat sebagai perdana

menteri bagi Parti Buruh UK yang pertama pada

tahun 1924 dan dari tahun 1929 hingga 1935.

MacDonald ialah setiausaha Parti Buruh dari awal

penubuhan parti tersebut pada tahun 1900 hingga

tahun 1912.

UMUM 
DASAR BURUH NEGARA

Dasar Buruh Negara, dasar yang dibentuk untuk meningkatkan mutu perburuhan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANDasar
AUSCHWITZ

Auschwitz ialah pusat buruh paksa dan

penghapusan yang dilakukan oleh Nazi Jerman

semasa Perang Dunia II (1939–1945). Lebih kurang

satu juta orang mati di Auschwitz dari bulan

September 1941 hingga bulan Januari 1945. Nazi

menggunakan bilik gas dan cara lain untuk

membunuh hampir kesemua mangsa. Manakala

buruh paksa yang lain mati kerana kebuluran atau

penyakit, dan sebahagian yang lain pula dipaksa

berkerja di kilang-kilang berhampiran hingga

mereka mati. Kebanyakan mangsa di Auschwitz

ialah orang Yahudi. Nazi membunuh mereka

sebagai sebahagian daripada rancangan mereka

untuk membunuh semua orang Yahudi di Eropah.

Auschwitz terletak di Poland, berhampiran

sebuah tempat yang kini dikenali sebagai

Oswiecim. Pusat ini terdiri daripada tiga buah kem

tahanan, dibina antara tahun 1940 hingga tahun

1942. Kini, Auschwitz ialah sebuah muzium dan

arkib yang dikekalkan oleh kerajaan Poland.

UMUM 
12345

Kembali ke atas