Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ruj] | بروج

Definisi : Ar 1. kota, benteng: ~ kota negeri Baghdad; 2. nama gugusan bintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruj


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSEUS

Perseus ialah buruj langit utara. Ia terletak di antara

buruj Auriga dengan buruj Cassiopeia. Mirfak,

bintang yang paling terang di Persues, adalah lebih

besar daripada matahari.

UMUM 
AURIGA

Auriga, juga dikenali sebagai Pemandu Kereta

Kuda atau the Charioteer, ialah nama buruj. Ia

berada antara buruj Perseus dengan buruj Gemini.

Capella merupakan bintang yang paling cerah

dalam Auriga. Dalam mitologi, the Charioteer selalu

mewakili Phaethon, anak Helios (lihat Phaethon ).

UMUM 
BURUJ

Buruj ialah kumpulan bintang yang boleh dilihat

di dalam kawasan tertentu di langit pada waktu

malam. Perkataan buruj juga merujuk kepada

kawasan tempat kumpulan bintang tertentu

muncul.

UMUM 
SURAH AL-BURUJ

Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat.

Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang)

kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan

perkataan tersebut.

Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah

Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah

ini ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud,

iaitu kisah pengorbanan diri demi

mempertahankan akidah dan iman.

UMUM 
SCORPIO

Scorpio ialah buruj (kumpulan bintang) yang boleh

dilihat di kedua-dua hemisfera Utara dan Selatan.

Scorpio ialah lambang zodiak kelapan dan salah satu

buruj paling terang di langit. Dalam mitologi, Scorpio

melambangkan serangga yang menyebabkan

kematian Orion. Buruj ini terdiri daripada suatu

barisan panjang bintang yang cerah yang

menyerupai bentuk kala jengking. Ia mempunyai

bahagian tengah berwarna merah yang ditandai oleh

bintang raksasa merah yang cerah iaitu Antares.

Sengatnya ditandai oleh bintang Lambda Scorpii,

yang juga dikenali sebagai Shaula , iaitu nama yang

berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

“sengat”. Buruj ini mengandungi bintang lota yang

kilauannya kira-kira 200 000 kali lebih kuat daripada

matahari. Scorpion jelas terpampang pada latar

belakang Bima Sakti dan mengandungi beberapa

gugusan bintang yang menakjubkan. Ini termasuk

M4 (berhampiran Antares), iaitu objek yang dapat

dikenal pasti dengan mudah melalui teropong, dan

M6 dan M7, yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Matahari melintasi buruj ini dalam masa yang singkat

pada minggu akhir bulan November.

Lihat juga Astrologi; Astronomi; Zodiak.

UMUM 
SIGNUS

Signus ialah buruj yang terletak di Hemisfera

Utara. Ciri buruj ini yang paling menonjol ialah

Palang Utara yang terbentuk daripada lima buah

bintangnya yang paling terang. Bintang Deneb,

iaitu bintang yang paling terang, menandakan

bahagiannya yang paling atas yang menghala

ke timur laut. Bintang berpasang Albireo pula

menandakan bahagian bawahnya yang menghala

ke barat daya.

UMUM 
LIBRA

Libra, Penimbang atau Neraca , ialah buruj

(gugusan bintang) ketujuh dalam zodiak. Ia terletak

di Hemisfera Selatan di antara buruj Virgo dengan

bumi Scorpio.

UMUM 
PALANG SELATAN

Palang Selatan ialah buruj (sekumpulan bintang)

terkenal di Hemisfera Selatan. Ia juga digelar sebagai

Pari atau Crux. Buruj ini dinamai begini kerana empat

buah bintangnya yang paling cerah membentuk

palang. Kecerahan cahaya bintang disebut magnitud.

Bintang yang paling cerah berada dalam magnitud

pertama. Bintang yang terletak paling jauh ke selatan

ialah bintang magnitud pertama. Bintang yang

terletak di sebelah timur dan utara ialah bintang

magnitud kedua, sementara bintang di sebelah barat

bertahap magnitud ketiga. Lihat Magnitud.

UMUM 
AQUARIUS

Aquarius ialah buruj (kumpulan bintang)

kesebelas dalam zodiak. Ia terletak di antara Square

of Pegasus ke utara dan bintang Fomalhaut ke

selatan. Aquarius dilambangkan oleh seorang lelaki

yang membawa sebuah kendi air. Bintang yang

paling terang dalam buruj ini ialah Sadalsuud ,

Sadalmelik , dan Scheat .

UMUM 
ORION

Orion, Si Pemburu, ialah buruj yang terang yang

termasuk dua daripada bintang yang paling terang

di langit. Orion sering digambarkan membelakangi

kita. Dalam pandangan ini, bintang merah yang

terang, Betelgeuse, menandakan bahu kirinya.

Bintang putih biru yang dikenali sebagai Rigel

menandakan kaki kanannya. Dua bintang yang

lebih malap, Bellatrix dan Saiph, menandakan bahu

kanan dan kaki kiri Orion. Orion mudah dikenal

pasti melalui satu baris tiga bintang yang

membentuk tali pinggangnya. Sebilah pedang,

yang terbentuk daripada sebaris bintang yang

malap, tergantung dari tali pinggangnya.

UMUM 
123

Kembali ke atas