Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak baik kelakuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak baik kelakuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moralitykemoralanPendidikanTiadaPrinsip yang membezakan tingkah laku yang baik atau buruk.
habittabiatPsikologiPsikologi UmumPola tingkah laku yang dipelajari yang kemudiannya berakar umbi dalam diri individu. Dalam konteks pembelajaran, tabiat ini dikaitkan dengan rangsangan yang banyak. Apabila lebih banyak rangsangan dikaitkan dengan sesuatu respons menyebabkan semakin kukuh tabiat yang dibentuk. Contohnya, tabiat merokok merupakan tabiat yang sukar dihentikan kerana tingkah laku ini berlaku dalam banyak situasi. Dalam kehidupan harian, terdapat beberapa tabiat yang dianggap buruk dan perlu dihapuskan. Antara yang dikenal pasti ialah mencarut, menyumpah, mengutuk, mengkritik, menonton televisyen secara berlebihan dan meminum minuman keras.
overgeneralizationterlebih generalisasiPsikologiPsikologi UmumPenggunaan sesuatu perkataan yang merangkumi perkara yang terlalu banyak. Menurut Ellis yang mempelopori terapi tingkah laku emosi rasional menyatakan bahawa individu yang berada dalam keadaan beremosi dan marah akan berkecenderungan untuk membuat generalisasi secara berlebihan. Mereka mungkin menjangka atau membuat anggapan bahawa seseorang amat buruk sifatnya dengan hanya melakukan satu kesalahan sahaja. Contohnya, seorang lelaki yang gagal memiliki gadis idamannya akan merasakan dirinya dibenci oleh semua orang dan menghadapi masa hadapan yang gelap.
modellingpemodelanPsikologiPsikologi UmumProses yang membolehkan maklumat disampaikan melalui contoh atau teladan sebelum amalan yang betul dapat dilaksanakan oleh individu. Bandura (1971) telah menamakan pemodelan sebagai pembelajaran secara cerapan atau pemerhatian. Banyak perkara yang dilakukan oleh individu dalam kehidupan seharian dipelajari dengan cara melihat, meniru atau memerhati sesuatu yang diperoleh daripada tindakan seseorang (model). Melalui pemodelan, individu mempelajari respons berdasarkan sejauh mana hasil yang didapati oleh model atau melihat peraturan umum yang boleh dipakai kepada situasi tertentu. Banyak kajian menunjukkan bahawa pembelajaran secara pemodelan ini boleh membawa akibat buruk, khususnya tingkah laku negatif. Contohnya, ramai kanak-kanak dan remaja memperlihatkan tingkah laku ganas melalui model-model televisyen.
stimulantsperangsangPsikologiPsikologi UmumDadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian.

Kembali ke atas